Membantu seramai mungkin Rakyat Malaysia mencapai “Kebebasan Kewangan Sepanjang Hayat” (KKSH) secara Bijak melalui Platform BijakWang.my
KRITERIA
Untuk mencapai misi KKSH ini, BW telah menggariskan TIGA Kriteria Utama yang perlu ada di Paltform BW ini.
Sila baca, fahami dan hayati TIGA KRITERIA PENTING ini yang menjadikan Platform BW ini berbeza berbanding usaha-usaha yang ada di tempat lain.
1. Bisnes Jangka Panjang (Sepanjang Hayat)
Tidak dinafikan menyertai bidang keusahawanan atau Bisnes adalah jalan terbaik untuk membina pendapatan yang besar dan banyak. Namun untuk memiliki Bisnes yang mampu bertahan lama untuk satu jangkamasa yang panjang, lebih-lebih lagi untuk Sepanjang Hayat merupakan kriteria paling utama yang telah digariskan di Platform BW ini.
2. Pendapatan Besar dan Melimpah-Ruah (Tsunami Wang)
Di dalam Model BW 8P, Komponen P1 (Pelan Pendapatan) merupakan nadi dan punca utama oksigen yang membolehkan kesemua Pelan-Pelan P2 – P8 yang lain dapat dipenuhi dengan mudah dan lancar. Komponen Pendapatan (P1) ini jangan sekali-kali tersekat atau terputus sama sekali, malah jika dapat dialirkan dengan sebesar-besar dan sebanyak-banyaknya bagaikan arus Ledakan Tsunami yang bukan sahaja Besar, tetapi juga melanda Tanpa Henti, sudah pasti kewangan bukan lagi suatu masalah yang mampu mentransformasi kewangan dan kehidupan manusia secara TOTAL, Insya-Allah.
3. Beberapa Saluran Pendapatan Pasif (dalam satu masa)
Pendapatan Pasif amat jarang diajar atau diketengahkan di dalam masyarakat, terutamanya pendidikan kewangan di peringkat sekolah mahu pun di peringkat Universiti. Sejak sekian lama sehingga ke hari ini, pendidikan lebih menjurus kepada dunia pendapatan “makan gaji” semata-mata, sehingga ianya sering disalaherti dan difahami di kalangan masyarakat. Namun hakikatnya, Pendapatan Pasif seharusnya didedahkan dan diajar di peringkat usia muda lagi, malah seharusnya dijadikan sebagai sasaran utama setiap individu dan diusahakan sejak dari awal lagi. Oleh kerana itulah BW menggariskannya sebagai salah satu Kriteria utama di Platform ini, malah mempelopori bukan hanya satu atau dua saluran, tetapi beberapa saluran Pendapatan Pasif di dalam masa yang sama! Sudah pasti dengan kebijaksanaan di era Digital dan AI masakini, tiada apa yang mustahil untuk dicapai!
PERLAKSANAAN
Untuk menjadikan impian suatu realiti, maka perlu ada satu usaha terancang dan teratur melalui satu sistem yang lengkap dan menyeluruh perlu disediakan. Oleh itu BW telah menyediakan satu PROJEK KHAS yang diberi nama TSUNAMI WANG 2.0 bagi merealisikan impian ramai orang ini!