i-Learn Ace

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

MALAYSIA’S 1 STOP SOLUTION
FOR PRIMARY AND SECONDARY SCHOOL MATERIALS

I-LEARN ACE

i-LEARN Ace adalah satu Platform Pembelajaran Digital Bersepadu Sepenuhnya dengan kandungannya adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Nasional Malaysia (KSSR, KSSM dan KBSM). Platform multi-fungsi ini dibangunkan bagi menyediakan suatu pengalaman pembelajaran yang boleh dimudahsuai, interaktif, menarik dan mudah dilakukan di mana-mana kepada para pelajar, guru dan ibu bapa bersama-sama.

Platform ini menggabungkan kesemua aspek penting dalam proses pembelajaran pelajar, membolehkan para pelajar untuk menela’ah topik-topik pembelajaran, melakukan latihan-latihan latih-tubi, membuat nota dan peta minda, berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru-guru, serta pelbagai kelebihan lagi; kesemuanya di dalam satu tempat.

i-LEARN Ace juga dilengkapi dengan aplikasi mudah alih percuma yang membolehkan para pengguna untuk mengakses segala ciri-ciri kelebihan yang ada pada bila-bila masa, walaupun berada di luar talian – menjadikan ianya benar-benar satu Platform Pembelajaran Mobile atau Mobile (M)-Learning platform.