×

DAPATKAN SUPPORT KAMI MELALUI:

1Tel: 03-5523 2354.
2SMS/WhatsApp: 011-6487 8701.
3Emel: support@bijakwang.my

Jika anda masih menghadapi masalah, sila tinggalkan pesanan melalui BORANG MAKLUMBALAS di sini. Terima kasih.

WAKTU URUSAN PEJABAT

Isnin-Jumaat 9:00AM - 5:00PM
Sabtu & Ahad - Lihat Jadual Aktiviti - Sila KLIK!

FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

PELUANG PERNIAGAANMISI & PRINSIP

MISI

"MEMPERTINGKATKAN KEHIDUPAN DENGAN MEMBANTU ORANG RAMAI MECAPAI MATLAMAT MEREKA"

SUMBER KEWANGAN

Dalam masyarakat hari ini, kebanyakan orang memperuntukkan masa yang banyak dalam kehidupan seharian untuk menyara keluarga dan berusaha mendapatkan sumber-sumbeer penting untuk menikmati kehidupan yang hebat. Bagi kebanyakan orang, kukuh dari segi kewangan merupakan satu cabaran sebenar. Statistik menunjukkan bahawa mereka yang paling ramai berjaya mencapai kemajuan kewangan seringkali usahawan yang menjalankan perniagaan sendiri. Tetapi memulakan sebuah perniagaan sering memerlukan pelaburan ratusan ribu dolar. Namun begitu, laluan ke arah kejayaan dipenuhi ranjau dan risiko kewangan yang serius.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, Melaleuca telah membina peluang kewangan untuk orang biasa memulakan sebuah perniagaan dengan hampir tanpa risiko dan potensi pendapatan tanpa had. Kami menganggap diri kami sebagai pejuang 'orang kebanyakan'. Kami percaya bahawa mereka yang tidak dilahirkan dalam kemewahan dan tidak berjawatan tinggi dalam dunia korporat seharusnya masih mempunyai peluang yang sama untuk maju dalam hidup. Walaupun pepatah lama ada menyatakan "Kita memerlukan wang untuk menghasilkan wang", Melaleuca telah membangunkan sebuah sistem yang terbukti di mana orang yang hampir tidak membuat pelaburan kewangan boleh menjana pendapatan yang tinggi hanya dengan memperkenalkan pelanggan kepada Melaleuca. Sistem ini telah terbukti berjaya. Melaleuca telah pun membuat pembayaran lebih $4.0 bilion kepada isi rumah yang sebelum itu 'meneruskan rutin' kerja 9 pagi ke 4 petang.

INDUSTRI KESIHATAN

Industri kami merupakan industri kesihatan yang bernilai $620 bilion. Kunci kepada pertumbuhan bersejarah Melaleuca dan Program Ganjaran Kewangan yang mengubah kehidupan ialah barisan produk kesihatan hebat Melaleuca yang banyak. Kami berjaya kerana produk-produk kesihatan kami adalah yang terbaik di pasaran.

PENDAPATAN SAMPINGAN

Semua ganjaran adalah berdasarkan jualan produk kepada pengguna akhir. Walau bagaimanapun, anda tidak akan sesekali perlu 'menjual' walau satu produk kepada sesiapa oleh kerana semua produk dijual secara langsung oleh Melaleuca kepada pelanggan anda. Tugas anda hanya perlu memperkenalkan pelanggan untuk membuat pembelian di Melaleuca. Anda akan menerima komisen bila mana pelanggan tersebut membeli produk. Segalanya adalah tentang memiliki pelanggan yang berpuas hati, disebabkan oleh pengalaman peribadi mereka menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga, terus membeli produk-produk Melaleuca bulan demi bulan. Pelanggan yang berpuas hati mewujudkan permintaan yang sangat besar untuk produk-produk Melaleuca. Oleh kerana hampir semua pelanggan Melaleuca adalah Pelanggan Istimewa yang membuat pembelian setiap bulan, ia boleh membayangkan pendapatan bulanan yang akan bergantung pada bilangan pelanggan setia yang anda miliki dan jumlah pembelian mereka setiap bulan. Seperti mana-mana perniagaan, kejayaan anda akan memerlukan kerja keras, ketekunan, ketabahan dan kepimpinan. Ia satu lembaran baru! Selamat Datang ke Melaleuca.

 

PRINSIP PERNIAGAAN

Membina sebuah perniagaan Melaleuca adalah sama dengan prinsip perniagaan yang ditemui dalam kebanyakan perniagaan iaitu mana-mana pengurus boleh mnguruskan bilangan pekerja seliaan langsung yang terhad dengan lebih berkesan. Oleh itu, perniagaan bebas Melaleuca pada mulanya akan dihadkan kepada lima (5) jawatan generasi pertama. Struktur organisasi ini menawarkan konsep terbaik dalam kepimpinan diri dan khidmat pelanggan. Sebagai seorang Eksekutif Pemasaran Melaleuca, anda akan diberi kuasa untuk membina sebuah Organisasi Pemasaran yang terdiri daripada 7 generasi pengurusan dan pelanggan. Anda akan bermula dengan 5 jawatan langsung di dalam generasi perniagaan pertama anda. Setiap jawatan tersebut akan mempunyai 5 jawatan generasi pertama dan seterusnya. Apabila anda menambah pemimpin-pemimpin lain di dalam organisasi, anda layak untuk jawatan tambahan di dalam generasi pertama.

Menambah pendapatan tetap anda dengan keuntungan daripada perniagaan Melaleuca boleh mengubah prospek kewangan keluarga anda secara dramatik. Melaleuca menyarankan anda agar TIDAK berhenti kerja tetap anda sekarang untuk membina perniagaan Melaleuca. Kami menyokong anda untuk menjadi pekerja terbaik untuk majikan anda sekarang tetapi gunakan masa lapang anda untuk membina sebuah Organisasi Pemasaran yang mantap. Adalah disarankan agar anda tidak mempertimbangkan untuk berhenti kerja sehingga perniagaan Melaleuca anda menghasilkan sekurang-kurangnya TIGA KALI pendapatan kerja tetap anda sekarang.

Ingat, di Melaleuca sesiapa saha boleh berjaya tanpa melaburkan wang. Anda tidak perlu memikirkan tentang bayaran untuk pengiklanan, pemasaran, atau bilik mesyuarat. Apa yang anda perlukan ialah membuat pelaburan masa anda dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Berbekal usaha gigih tersebut anda boleh mewujudkan pendapatan sampingan yang banyak sepanjang hayat.

TOP
>