×

DAPATKAN SUPPORT KAMI MELALUI:

1Tel: 03-5523 2354.
2SMS/WhatsApp: 011-6487 8701.
3Emel: support@bijakwang.my

Jika anda masih menghadapi masalah, sila tinggalkan pesanan melalui BORANG MAKLUMBALAS di sini. Terima kasih.

WAKTU URUSAN PEJABAT

Isnin-Jumaat 9:00AM - 5:00PM
Sabtu & Ahad - Lihat Jadual Aktiviti - Sila KLIK!

FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

RINGKASAN GANJARAN

Status Bila-bila mana perkataan “Status” digunakan apabila membincangkan Pelan Ganjaran Melaleuca, “Status” bermaksud “Status Kadar Komisen” anda.
Komisen Home Conversion Apabila anda mendaftar seorang Pelanggan Istimewa dalam sebulan, anda boleh menerima Komisen Home Conversion sebanyak RM75. Jika Pelanggan membeli Pek Value atau Home Conversion, komisen tersebut akan meningkat kepada RM150 atau RM300. Pelanggan boleh membuat pembelian sehingga dua Pek Home Conversion atau Value pada bulan pertama atau bulan seterusnya. Komisen hanya akan dibayar pada pek pertama yang dibeli.
Pendaftaran Pelanggan Berkualiti Pelanggan yang berkualiti mestilah mempunyai Kit Keahlian di dalam fail. Kesemua dokumen yang diperlukan telah diterima oleh Melaleuca, dan memenuhi komitmen Mata Produk Bulanan dengan membuat pesanan di dalam bulan pertama mereka.
Komisen Pelanggan Peribadi Sebagai seorang Pengarah Aktif, komisen yang dibayar pada pembelian Mata Produk pelanggan pendaftaran peribadi anda akan meningkat kepada 14% (dengan 8 hingga 19 pelanggan peribadi). Apabila pelanggan peribadi aktif anda meningkat kepada 20, anda memperoleh 20% pada semua Mata Produk, sehingga 150, yang dijana oleh setiap pelanggan tersebut pada setiap bulan. Pelanggan yang Diwarisi tidak akan dimasukkan apabila menentukan kelayakan untuk Komisen Pelanggan Peribadi 14% atau 20%. Anda akan menerima 7% untuk kesemua mata produk sehingga 150 bagi setiap pelanggan yang diwarisi pada setiap bulan.
Komisen Organisasi Setiap bulan yang anda layak, anda akan menerima komisen sebanyak 7% di atas 150 Mata Produk pertama yang dibeli oleh setiap pelanggan di dalam Organisasi Pemasaran anda. Anda memperoleh Komisen Organisasi daripada pembelian pelanggan dalam bulan susulan bulan pendaftaran pelanggan. Untuk layak menerima komisen dalam bulan kedua dan ketiga, pelanggan tersebut mesti membuat pembelian dan membuat Pesanan Mata Produk minimum.
Had kepada Saiz Pesanan Komisen akan dibayar untuk 150 Mata Produk pertama yang dibeli oleh pelanggan pada setiap bulan. Tiada komisen yang akan dibayar untuk Mata Produk yang melebihi 150. Pengiraan bagi Jumlah Mata Produk Organisasi untuk Eksekutif Pemasaran akan mengambil kira 150 Mata Produk maksima bagi setiap bulan untuk setiap Pelanggan/Eksekutif Pemasaran.
Komisen tidak akan Dibayar pada Backup Order Sepanjang Tiga Bulan Pertama Komisen hanya akan dibayar pada tiga bulan pertama pembelian pelanggan sekiranya pelanggan sebenarnya membuat pesanan. Dalam erti kata lain, Backup Order tidak akan dibayar komisen dalam tiga bulan pertama.
PEG (Volum Kumpulan Pelanggan Peribadi) Jumlah Volum Organisasi Eksekutif Pemasaran/pelanggan peribadi dalam bulan tertentu.
PEG Sebenar (Volum Kumpulan Pelanggan Pendaftaran Peribadi Sebenar) Jumlah Volum Organisasi Pelanggan Peribadi Eksekutif Pemasaran dalam mana-mana bulan tertentu. (Bertentangan dengan cara “PEG” dikira, “PEG Sebenar” mengira setiap volum bulanan pelanggan sekali sahaja, walaupun pelanggan tersebut mungkin berada di bawah beberapa pelanggan peribadi di dalam organisasi).
Pembayaran Bonus Kemaraan / Bonus Pacesetter Eksekutif Pemasaran akan dibayar Bonus Kemaraan atau Pacesetter dalam bulan kemaraan mereka ke status Pengarah buat kali pertama.

  1. Apabila Eksekutif Pemasaran mara daripada status Pengarah dan ke atas, mereka akan dibayar Bonus Kemaraan untuk setiap Status tertinggi baharu yang mereka capai. Eksekutif Pemasaran yang mara ke status Pengarah sehingga Pengarah 6 buat kali pertama akan menerima Bonus Kemaraan atau Bonus Pacesetter di dalam bulan kemaraan.
  2. Bermula dengan kemaraan ke status Pengarah 7 dan ke atas, Eksekutif Pemasaran yang mempunyai Kadar Pengekalan Organisasi sebanyak 90% atau lebih tinggi akan menerima 1/3 daripada Bonus Kemaraan atau Bonus Pacesetter di dalam bulan kemaraan, 1/3 pada bulan kedua dan 1/3 dalam bulan ketiga (dengan andaian mereka mengekalkan Status tersebut untuk tiga bulan berturut-turut). Eksekutif Pemasaran yang mempunyai Kadar Pengekalan Organisasi yang kurang daripada 90% akan menerima Bonus Kemaraan atau Bonus Pacesetter selepas status Baharu dikekalkan selama 3 bulan berturut-turut. Jika Eksekutif Pemasaran tidak mengekalkan Status tersebut pada bulan seterusnya, bahagian yang belum dibayar daripada Bonus Kemaraan atau Bonus Pacesetter akan ditangguhkan sehingga mereka mencapai Status tersebut sekali lagi. Eksekutif Pemasaran yang layak akan dibayar maksimum tiga 1/3 pembayaran daripada Bonus Kemaraan atau Bonus Pacesetter di dalam satu bulan tertentu (terpakai untuk satu ATAU lebih Status Kemaraan).

Kadar Pengekalan Organisasi dikira dengan mengambil jumlah bilangan pembatalan dalam bulan semasa dibahagikan dengan jumlah bilangan Pelanggan Istimewa di dalam organisasi pada akhir bulan terdahulu dan menolaknya dari 100%. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 100 Pelanggan Istimewa pada akhir bulan lepas dan sejumlah 5 pembatalan dalam bulan semasa, Kadar Pengekalan Organisasi anda ialah (100 – (5/100)) = 95%.

Kredit untuk Pengarah Korporat Untuk mara melebihi Status Pengarah Korporat, seseorang Pengarah Korporat itu mesti mengekalkan kelayakan minimum untuk Pengarah Korporat iaitu: sekurang-kurangnya 10 Pengarah tajaan peribadi (lima daripadanya perlu berstatus Pengarah Eksekutif), mencapai Organisasi & PEG minimum dan kredit minimum bersamaan dengan status kemaraan seterusnya. Kredit tersebut dikira setiap bulan berdasarkan Kadar Komisen Pengarah Eksekutif, Kebangsaan atau korporat tajaan peribadi anda
seperti berikut:

Status Kredit Status Kredit
Pengarah Eksekutif
Pengarah Eksekutif 2
Pengarah Eksekutif 3
Pengarah Eksekutif 4
Pengarah Eksekutif 5
1.1
1.1
1.2
1.2
1.3
Pengarah Eksekutif 6
Pengarah Eksekutif 7
Pengarah Eksekutif 8
Pengarah Eksekutif 9
1.3
1.4
1.4
1.5
Pengarah Kebangsaan
Pengarah Kebangsaan 2
Pengarah Kebangsaan 3
Pengarah Kebangsaan 4
Pengarah Kebangsaan 5
1.5
1.6
1.6
1.7
1.7
Pengarah Kebangsaan 6
Pengarah Kebangsaan 7
Pengarah Kebangsaan 8
Pengarah Kebangsaan 9
Pengarah Korporat & ke atas
1.8
1.8
1.9
1.9
2.0
Bonus Pementoran / Bonus Pementoran Teras Untuk anda layak menerima Bonus Pementoran atau Pementoran Teras, Eksekutif Pemasaran anda mencatatkan kemaraan mesti mara dalam tempoh dua bulan selepas mencapai Volum Organisasi yang diperlukan untuk Status tersebut, dan anda mesti mempunyai Kadar Komisen bersamaan dengan atau lebih tinggi daripada Eksekutif Pemasaran yang mara tersebut yang melayakkan anda menerima Bonus Pementoran atau Bonus Pementoran Teras. Bonus-bonus Pementoran dan Pementoran Teras dibayar berdasarkan peratus yang sama dengan Bonus Kemaraan atau Pacesetter Eksekutif Pemasaran yang mencatatkan kemaraan dan akan dibayar dalam bulan yang sama Eksekutif Pemasaran akan menerima bayaran.
Bonus Aktiviti Kritikal
  1. Eksekutif-eksekutif Pemasaran yang mempunyai Kadar Komisen minimum Pengarah 3 dan ke atas boleh layak untuk memperolehi Bonus Aktiviti Kritikal selepas mereka bersama dengan Melaleuca sekurang-kurangnya 3 bulan.
  2. Kadar Pengekalan Pelanggan Peribadi ditentukan oleh jumlah Pelanggan-pelanggan Istimewa yang aktif dan membeli dalam bulan lepas dan masih membeli dalam bulan ini (tidak termasuk pelanggan yang diwarisi).
  3. Pelanggan-pelanggan Istimewa baharu mestilah daripada Malaysia & Singapura sahaja.
  4. Pengarah Baharu atau Pengarah 3 yang anda bangunkan mestilah mengekalkan Status mereka di dalam bulan semasa dan mestilah daripada Malaysia & Singapura sahaja.
  5. Pertumbuhan daripada Pelanggan-pelanggan Peribadi adalah tidak termasuk yang diwarisi dan
    pertumbuhan daripada Pelanggan-pelanggan Organisasi adalah tidak termasuk ‘roll-up’.
Pertambahan Posisi Generasi Pertama Eksekutif Pemasaran akan menikmati pertambahan posisi generasi pertama (daripada lima yang asal) untuk setiap Pengarah pendaftaran peribadi yang aktif atau ke atas.
Mata Kepimpinan yang Dikehendaki untuk Pemimpin Pengarah atau ke atas yang telah mencapai 20,000 atau lebih Mata Produk Organisasi dikehendaki menghasilkan purata 10 Mata Kepimpinan setiap bulan. Pengarah atau ke atas dengan Volum Produk Organisasi sebanyak 50,000 atau lebih akan dikehendaki menghasilkan purata 15 Mata Kepimpinan setiap bulan untuk menerima semua Komisen Organisasi yang tersedia untuk mereka. Mereka yang menghasilkan kurang Mata Kepimpinan akan menerima peratus jumlah komisen yang tersedia.

Pengarah atau ke atas dengan Mata Produk Organisasi yang melebihi 20,000 tetapi dengan Volum PEG kurang daripada Volum Organisasi mereka akan menerima Komisen Organisasi sehingga 10% daripada Volum PEG mereka.

Kehadiran Mesyuarat Kepimpinan Mereka yang berstatus Pengarah Kanan dan ke atas mesti menghadiri acara acara kepimpinan utama Melaleuca misalnya Konvensyen dan Sidang Kemuncak Kepimpinan supaya dapat melayakkan diri untuk bonus-bonus. Jika mereka yang berstatus Pengarah Kanan atau ke atas tidak menghadiri salah satu daripada acara yang diperlukan, mereka tidak akan layak untuk menerima Bonus-Bonus Kemaraan & Pacesetter, Bonus-Bonus Pementoran, Bonus-Bonus Pementoran Teras, Bonus-Bonus Kebebasan Kewangan dan Bonus-Bonus Aktiviti Kritikal sehingga mereka menghadiri acara yang diperlukan pada masa akan datang.

Nota:
1. Tafsiran Program: Tafsiran buku dan Pelan Ganjaran Melaleuca ini adalah mengikut budi bicara mutlak Melaleuca.
2. Dasar: Pelan Ganjaran ini tertakluk kepada Dasar dan Prosedur Melaleuca serta semua persetujuan Eksekutif Pemasaran.

TOP
>