×

DAPATKAN SUPPORT KAMI MELALUI:

1Tel: 03-5523 2354.
2SMS/WhatsApp: 011-6487 8701.
3Emel: support@bijakwang.my

Jika anda masih menghadapi masalah, sila tinggalkan pesanan melalui BORANG MAKLUMBALAS di sini. Terima kasih.

WAKTU URUSAN PEJABAT

Isnin-Jumaat 9:00AM - 5:00PM
Sabtu & Ahad - Lihat Jadual Aktiviti - Sila KLIK!

FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

P5 : PELAN PELABURAN

Pelan kelima ini ada sedikit persamaan dengan pelan kedua (P2: Penyimpanan) kerana ia juga melibatkan penabungan dan penyimpanan, tetapi bezanya P2 berjangka pendek dan sederhana, manakala Pelan P5 ini merupakan simpanan dan tabungan berjangka panjang agar dapat diperkembangkan untuk membina dana-dana yang besar bagi keperluan kewangan dan kehidupan di masa hadapan. Melalui Pelan P5 inilah sebahagian besar daripada matlamat kewangan jangka panjang dapat dicapai jika dilakukan dengan betul dan konsisten.

Pelan P5 Pelaburan ini bolehlah diibaratkan seperti MAKANAN, VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan oleh pengurusan kewangan peribadi kita untuk membesar, berkembang dan memberikan tenaga kepada tumbesaran dan kecergasan kesihatan kewangan kita di sepanjang kehidupan dalam jangka masa yang panjang.

Tanpa matlamat kewangan dan perancangan pelaburan jangka panjang yang baik dan konsisten ini, seseorang itu tidak akan berjaya mencapai sebarang impian dalam kewangan dan kehidupan mereka kecuali 'nasib' menyebelahi mereka! 
LABUR

SIMPANAN J/PANJANG

Di dalam perancangan kewangan peribadi, pelaburan biasanya dilakukan bagi mengembangkan sesuatu aset atau kewangan sedia ada untuk mencapai pelbagai matlamat kewangan yang telah disasarkan. Pelbagai instrumen pelaburan digunakan mengikut tahap risiko serta pulangan yang dikehendaki dalam tempoh jangkamasa tertentu.

KUASA!

FAEDAH KOMPAUNFAEDAH KOMPAUN

Kuasa faedah kompaun ialah kesan 'snowball' yang berlaku kepada pelaburan anda sekiranya keuntungan yang diperolehi tidak dikeluarkan dan menjadi sebahagian daripada modal pelaburan untuk menerima keuntungan lebih tinggi dan lebih pantas dari tahun ke tahun sehingga mampu menggandakan pelaburan anda dengan begitu banyak!

RISIKO

TELUR DALAM 1 BAKUL!

Salah satu strategi pelaburan yang sering disarankan ialah 'Jangan meletakkan telur di dalam satu bakul' iaitu supaya kita tidak meletakkan kesemua wang atau aset kita pada satu tempat atau pelaburan sahaja, tetapi hendaklah mempelbagaikan portfolio pelaburan kita. Ini akan dapat mengurangkan risiko ke atas pelaburan tersebut.

TOP