SOALAN LAZIM

PERLINDUNGAN HAYAT

Mengapakah saya memerlukan insurans hayat?

Apabila anda membeli polisi insurans, anda memindahkan risiko potensi kerugian kewangan kepada syarikat insurans sebagai pertukaran kepada suatu bayaran. Syarikat insurans tersebut, sebagai balasan, berjanji untuk memberikan anda bantuan kewangan jika anda berhadapan dengan kerugian di luar jangkaan.

Perlindungan insurans sepatutnya menjadi elemen penting perancangan kewangan seseorang. Kita sentiasa gigih bekerja bagi memastikan masa depan yang cerah dan mampu memiliki gaya hidup yang boleh dinikmati.

 
Bagaimanakah cara untuk mengetahui bahawa saya boleh diinsuranskan?

Setiap permohonan insurans dinilai berasaskan kepada daya boleh insurans seseorang iaitu usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan mereka. Tahap risiko anda meningkat seiring dengan usia anda, mengurangkan daya boleh insurans anda. Lebih tinggi risiko yang anda berikan kepada syarikat insurans, lebih tinggi premium yang perlu anda bayar.

Sesetengah orang mungkin diminta membayar amaun lebih tinggi untuk insurans perlindungan mereka (biasanya dirujuk sebagai bebanan (“loading”)) atau dalam hal tertentu, syarikat insurans mungkin mempertimbangkan seseorang tidak boleh diinsuranskan. Inilah sebab mengapa kami menasihati anda supaya membeli insurans ketika anda masih muda dan sihat.

 
Pelan apakah yang tepat untuk saya?

Pelan yang tepat adalah bergantung kepada objektif kewangan dan juga kemampuan anda. Anda boleh memilih pelan yang menyediakan perlindungan, perlindungan dan simpanan atau memilih pelan insurans berkaitan pelaburan (ILP). Selain menawarkan perlindungan, polisi ILP membolehkan anda memilih berapa banyakkah anda ingin melabur dalam stok dan saham, berdasarkan kepada pilihan anda.

 
Saya memiliki pelan insurans yang saya telah saya beli 15 tahun lalu. Adakah saya perlu menaiktaraf pelan saya?

Adalah penting untuk anda menyemak pelan insurans setiap beberapa tahun kerana pastinya anda akan mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza sepanjang perjalanan hidup anda. Anda mungkin telah berkahwin atau memulakan hidup berkeluarga dalam beberapa tahun yang terkini ini. Sebahagian proses penyemakan tersebut ialah untuk anda mempertimbangkan bagaimana anda mahu melindungi harapan dan impian orang yang anda sayangi sekiranya perkara yang tidak dijangka berlaku ke atas anda.

Sekiranya anda membeli pelan insurans perubatan beberapa tahun yang lepas, anda juga perlu menyemak pelan anda untuk memastikan bahawa anda dilindungi dengan secukupnya pada masa kini. Kemajuan yang pesat dalam teknologi perubatan telah menghasilkan pelbagai rawatan dan ubat-ubatan yang baru. Kekurangan daripada perkara ini ialah kos diagnosis dan rawatan menjadi lebih mahal disebabkan oleh teknologi terkini yang diperkenalkan. Anda perlu memastikan bahawa jumlah perlindungan anda mencukupi sejajar dengan kos rawatan yang ada pada masa kini.

 
Saya telah pun memiliki kad perubatan yang meliputi kemasukan ke hospital. Adakah saya juga perlu mempunyai pelan penyakit kritikal?

Kad perubatan melindungi semua perbelanjaan yang anda tanggung semasa kemasukan ke hospital. Contohnya, jika anda dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pneumonia atau apendiks, kad perubatan anda akan melindungi perbelanjaan yang anda tanggung semasa anda dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, jika anda didiagnosis dengan penyakit kritikal seperti kanser atau diabetes yang tidak memerlukan anda dimasukkan ke hospital, pelan penyakit kritikal akan membayar anda bayaran sekaligus yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan anda dan perbelanjaan bukan perubatan lain yang mungkin anda perlu tangging akibat penyakit anda. Perbelanjaan bukan perubatan termasuk bantuan isi rumah, kos makanan tambahan, peralatan perubatan tambahan untuk kegunaan di rumah dan lain-lain.

 
Kad perubatan saya meliputi semua perkara. Ini bermakna saya tidak perlu risau tentang sebarang pembayaran kepada hospital selepas dibenarkan keluar.

Ramai orang yang percaya bahawa kad perubatan meliputi semua perbelanjaan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah gambaran sebenar. Kad perubatan ialah kemudahan pembayaran tanpa tunai yang kami sediakan untuk memudahkan kemasukan ke hospital panel tanpa sebarang kerenah. Ia tidak meliputi cukai, makanan tambahan dan item-item lain yang dikecualikan. Kami menasihati anda untuk membuat semakan dengan Perancang Hayat anda bagi mengetahui jenis item yang diliputi oleh kad perubatan anda untuk mengelakkan sebarang kejutan.

 
Mengapakah saya perlukan insurans kesihatan sedangkan saya mendapat khidmat perubatan percuma di hospital kerajaan?

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam terbaik di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat salah faham bahawa semuanya ditanggung tanpa sebarang kos. Implan, stent, lensa mata dan ubat kimoterapi tertentu perlu dibayar sendiri oleh pesakit. Walaupun ia tersedia pada kadar yang lebih rendah, ia masih mahal jika penyakit anda berpanjangan seperti kanser. Sebaik-baiknya anda mempertimbangkan untuk membeli insurans bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung semasa berhadapan keadaan di luar dugaan.

 
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk insurans AIA. Dengan siapakah saya hendak berhubung?

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA. Sila tinggalkan butiran peribadi dengan klik pada pautan ini.

 

AKTA PERLINDUNGAN MAKLUMAT PERIBADI 2010 (PDPA)

Apakah Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010 (PDPA)?

Ia adalah satu akta yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 bagi melindungi maklumat peribadi individu dalam urus niaga komersial.

 
Bilakah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) berkuatkuasa?

Ia telah berkuatkuasa pada 15 November 2013.

 
Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat peribadi?

PDPA mentakrif maklumat peribadi sebagai sebarang maklumat yang diberikan oleh seseorang individu semasa urus niaga komersial. Maklumat tersebut merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada individu terbabit, yang dikenali atau boleh dikenal pasti berasaskan maklumat yang diberikan itu. Maklumat peribadi meliputi nama, alamat, nombor KP, nombor pasport, alamat emel dan butiran untuk dihubungi yang lain.

 
Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat peribadi sensitif?

Maklumat peribadi sensitif adalah maklumat yang merujuk kepada kesihatan fizikal atau mental atau keadaan seseorang individu. Ia meliputi

  • pandangan politik
  • pegangan agama
  • sebarang kesalahan yang pernah dilakukan atau dikatakan pernah dilakukan, atau 
  • sebarang maklumat peribadi lain seperti yang ditentukan oleh Menteri sebagaimana yang termaktub dalam Akta.

 
Apakah yang dimaksudkan dengan “pemprosesan” maklumat peribadi?

Ia adalah perlakuan mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan maklumat peribadi dan menjalankan sebarang operasi atau beberapa operasi ke atas maklumat peribadi tersebut.

 
Apakah hak-hak anda sebagai pelanggan di bawah PDPA?

Anda mempunyai hak untuk: 

i)   Mengakses maklumat peribadi anda dan mengemaskini butirannya. Ini bagi memastikan supaya maklumat peribadi tersebut adalah tepat, lengkap dan yang terkini.

ii) Menarik balik kebenaran anda terhadap pendedahan maklumat peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau sebarang tujuan lain, selain daripada untuk digunakan bagi perkhidmatan yang anda langgani.

 
Bolehkah AIA menolak permohonan saya untuk mengakses maklumat peribadi saya?

Kami tidak boleh menolak permohonan anda untuk mengakses maklumat peribadi anda sendiri. Kami hanya boleh berbuat demikian jika kami tidak dapat memastikan identiti anda.

 
Berapa lamakah AIA akan menyimpan maklumat peribadi saya?

Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana yang diperlukan. Ini bertujuan supaya kami boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memproses permohonan anda atau mematuhi sebarang keperluan perundangan, penguatkuasaan atau dalaman.

 
Adakah AIA menghantar maklumat peribadi ke luar negara? Jika ya, mengapa ia perlu untuk berbuat demikian?

Dalam kes-kes tertentu, kami mungkin akan memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia. Ini perlu untuk memberikan kepada anda perkhidmatan yang anda kehendaki atau apabila kami perlu melaksanakan obligasi berkontrak kami.

 
Apa yang akan berlaku jika saya tidak mahu memberikan kebenaran?

Kami tidak akan dapat memproses permohonan anda jika anda tidak memberikan maklumat mandatori yang kami perlukan. Dalam kes-kes di mana anda tidak memberikan maklumat yang dianggap sukarela, kami masih akan memproses permohonan anda, tetapi mungkin tidak dapat menyediakan sepenuhnya rangkaian perkhidmatan yang kami tawarkan.

 
Bolehkah saya menarik balik kebenaran berhubung pendedahan maklumat peribadi saya?

Anda boleh melakukannya dengan menulis surat kepada kami. Sila hantarkan surat anda kepada:

Customer Servicing,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

 
Bagaimana cara untuk saya mengakses maklumat peribadi yang dipegang oleh AIA?

Anda boleh memohon untuk mengakses maklumat peribadi anda dengan menghubungi Talian Perkhidmatan kami di 1300 88 1899 atau dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

 
Adakah sesiapa sehaja boleh memohon untuk mengakses maklumat peribadi saya?

Ya. Pihak-pihak yang boleh berbuat demikian adalah: 

(i) Ibu bapa, penjaga atau individu yang memegang tanggungjawab penjagaan ke atas anda jika anda berusia di bawah 18 tahun; 

(ii) Individu-individu yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal anda; atau 

(iii) Individu-individu yang anda telah beri kuasa secara bertulis untuk mengakses maklumat peribadi anda.

 

UMUM

Bagaimanakah saya ingin mengembalikan semula polisi saya?

Anda boleh merujuk kepada kontrak polisi anda untuk mengetahui mengenai tempoh masa yang dibenarkan bagi pengembalian semula polisi. Sekiranya polisi anda masih di dalam tempoh masa yang dinyatakan, anda boleh berhubung dengan Perancang Hayat anda atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300 88 1899 untuk mendapatkan maklumat berkenaan jumlah yang anda perlu bayar untuk mengembalikan semula polisi anda, dan untuk mengetahui sama ada anda dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Sekiranya polisi anda telah melangkaui tempoh pengembalian semula, kami menasihati anda agar berhubung dengan Perancang Hayat anda untuk membuat permohonan bagi polisi baru. Permohonan anda untuk polisi baru perlu melalui proses semakan dan penilaian oleh pasukan pengunderaitan kami.

 
Bolehkah saya mengubah tarikh pembayaran premium saya?

Tarikh pembayaran premium anda tidak boleh diubah. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk mengubah kekerapan bayaran premium kepada sama ada berdasarkan bulan, tahun, setengah tahun atau suku tahun bergantung kepada pelan yang kamu miliki. Anda boleh berhubung dengan Perancang Hayat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 
Bagaimana cara untuk membatalkan polisi saya?

Jika polisi anda tidak mempunyai sebarang nilai tunai, anda boleh memohon untuk membatalkan polisi anda dengan menghantar surat kepada kami di alamat :

Customer Servicing,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Jika polisi anda mempunyai nilai tunai, anda perlu mengisi Borang Serahan. Borang Serahan boleh didapati dari mana-mana Pusat Pelanggan kami. Anda juga boleh melayari laman web kami untuk memohon agar borang tersebut dihantar kepada anda.

Hantar borang asal yang telah diisi ke mana-mana Pusat Pelanggan kami atau kirimkan ke :

Customer Servicing,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Jika anda kurang pasti sama ada polisi anda mempunyai nilai tunai, sila lawati mana-mana Pusat Pelanggan kami atau tulis surat kepada kami untuk bantuan. 

 
Bagaimana saya ingin mengubah faedah-faedah polisi saya?

Anda boleh mengubah faedah polisi anda dengan mengemukakan Borang Permintaan Untuk Pertukaran. Kemukakan borang yang telah dilengkapkan kepada Perancang Hayat anda atau di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami. Anda juga boleh mengemukakan borang tersebut melalui emel ke alamat my.customer@aia.com atau pos ke alamat :

Customer Servicing Department,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

 
Bolehkah saya menambah atau mengurangkan jumlah perlindungan polisi saya?

Ya, anda boleh. Anda boleh mengubah jumlah perlindungan anda dengan mengemukakan Borang Permintaan Untuk Pertukaran. Kemukakan borang yang telah dilengkapkan kepada Perancang Hayat anda atau di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami. Anda juga boleh menghantar borang tersebut melalui emel kepada my.customer@aia.com atau pos borang tersebut ke alamat:

Customer Servicing Department,
Level 6, Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.