A‑LifeLink-i

 

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 100 TAHUN

Umur Penyertaan

UMUR 16 – 70 TAHUN

Anda boleh membelinya melalui

PERANCANG HAYAT AIA

MENGENAI PRODUK INI

 

ALifeLink-i adalah sebuah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang membantu anda melindungi orang yang anda sayangi dan melabur serendah RM150 sebulan. Kami menawarkan kepada anda fleksibiliti untuk mengubah tahap perlindungan dan simpanan anda dari semasa ke semasa, untuk memenuhi keperluan anda yang sentiasa berubah-ubah.

Jadilah sebahagian daripada AIA Vitality, sebuah program yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda secara aktif atas pilihan anda yang sihat.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli Vitality sebaik sahaja anda menyertai strong ALifeLink-i, akan mendapat perlindungan tambahan kepada sijil ALifeLink-i anda yang dipanggil Cover Boost. Ini bermaksud, melalui Cover Boost, anda boleh mendapat perlindungan tambahan sehingga 45% daripada amaun perlindungan A-LifeLink-ianda.

PENJELASAN ISTILAH TAKAFUL

Apakah yang dimaksudkan dengan jumlah yang dilindungi?

Jumlah wang yang anda ingin lindungi. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?

Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan bonus ulang tahun?

Ini bermakna kami akan meninggikan lagi jumlah perlindungan anda tanpa menaikkan caruman yang perlu anda bayar bagi setiap tahun anda bersama kami. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?

Ia bermakna nilai sijil anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.

 

PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN DALAM SATU PELAN

Dapatkan perlindungan Takaful terhadap kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, serta melabur untuk menambah simpanan anda, semuanya dalam satu pelan.

BONUS ULANG TAHUN

Kami memberikan anda perlindungan tambahan secara percuma, jika anda lebih lama bersama kami.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN MELALUI COVER BOOST

Perlindungan tambahan terhadap kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal tanpa kos tambahan apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality semasa anda menyertai A-LifeLink-i.

FLEKSIBILITI DALAM PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN

Pelan ini memberi anda kebebasan untuk meninggikan atau mengurangkan tahap perlindungan atau simpanan anda, mengikut perubahan keadaan.

PELBAGAI DANA BERKAITAN PELABURAN

Anda boleh memilih bagaimana wang anda hendak dilaburkan dengan menukar dana bila-bila anda inginkan, tanpa sebarang kos.

Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.

HUBUNGKAN SAYA DENGAN PERANCANG HAYAT AIA

[wpforms id=”21817″ title=”false” description=”false”]