A‑Life Signature‑i & A‑Life Signature‑i PlusOne

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 70, 80
DAN 100 TAHUN

Umur Penyertaan

UMUR 18 – 70 TAHUN

Anda boleh membelinya melalui

PERANCANG HAYAT AIA

MENGENAI PRODUK INI

 

Keluarga bukan sahaja penting, malah segala-galanya bagi anda. Anda ingin menghapus kerisauan dengan mengetahui bahawa jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda, mereka yang anda sayangi dapat terus mengejar harapan dan cita-cita mereka. 

A-Life Signature-i adalah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang direka untuk melindungi gaya hidup mereka yang tersayang jika anda tidak lagi mampu memenuhi tanggungjawab tersebut.

Apabila anda mengambil bahagian dalam pelan A-Life Signature-i plan, suami/isteri atau anak  anda (yang berumur 18 tahun ke atas) akan diberi keistimewaan untuk menyertai A-Life Signature-i PlusOneA-Life Signature-i PlusOne menampilkan faedah yang sama seperti A-Life Signature-i dengan caruman asas 10% lebih rendah dan turut layak mendapat Bonus Kesetiaan pada akhir setiap tahun sijil.

PENJELASAN ISTILAH TAKAFUL

Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?

Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan sijil?

Ia merupakan kontrak yang mentakrif perlindungan yang akan anda terima daripada pelan tersebut.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan nilai akaun?

Ia merupakan jumlah keseluruhan unit dana pelaburan yang dimiliki oleh pelan anda.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kritikal?

Penyakit kritikal merujuk kepada penyakit yang mengancam nyawa.

 

Apa yang dimaksudkan dengan caruman?

Ia merupakan jumlah yang anda bayar untuk menyertai Takaful bagi melindungi anda dan orang yang anda sayang terhadap risiko tertentu sepanjang tempoh masa yang ditentukan.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?

Ia bermakna nilai sijil anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.

 

PERLINDUNGAN GAYA HIDUP UNTUK KELUARGA ANDA

Pelan ini menyediakan satu bayaran sekaligus untuk keluarga anda iaitu 100% jumlah perlindungan anda jika anda meninggal dunia atau didiagnos mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

PERLINDUNGAN GANDA DUA KALI SEMASA HAJI DAN UMRAH

Keluarga anda akan menerima satu bayaran sekaligus sebanyak 200% daripada jumlah yang melindungi anda jika anda meninggal dunia semasa mengerjakan Haji atau Umrah.

PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL

Anda boleh menggandakan lagi perlindungan anda dengan menambah perlindungan bagi penyakit kritikal kepada pelan ini supaya anda memperoleh kemampuan dari segi kewangan dan dapat menumpukan perhatian untuk pulih jika anda didiagnos dengan penyakit yang mengancam nyawa.

TIDAK MEMERLUKAN PEMERIKSAAN PERUBATAN

Anda tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan jika perlindungan anda berjumlah RM1.5 juta dan ke bawah.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI KEMALANGAN

Kami akan membayar 200% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan dan 300% daripada jumlah perlindungan jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki pengangkutan awam.

PENDORONG KEMATANGAN

Apabila anda telah tiba di penghujung tempoh perlindungan anda, kami akan membayar sebanyak 100% daripada nilai akaun anda, berserta tambahan sebanyak 20% lagi bagi menandakan berakhirnya tempoh sijil anda.

PILIHAN PERLINDUNGAN DAN TERMA PEMBAYARAN

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh masa perlindungan dan terma pembayaran, bergantung kepada komitmen kewangan anda dan aspirasi anda untuk orang yang anda sayang.

PERKONGSIAN LEBIHAN

Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada akhir setiap tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50.

Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.

HUBUNGKAN SAYA DENGAN PERANCANG HAYAT AIA

[wpforms id=”21817″ title=”false” description=”false”]