A-Life Joy-i



Tempoh Perlindungan

SEHINGGA UMUR 100 TAHUN

Umur Penyertaan

SEBELUM LAHIR:
=< 35 MINGGU GESTASI
SELEPAS LAHIR:
14 HARI – 15 TAHUN

Anda boleh membelinya melalui

PERANCANG HAYAT AIA

MENGENAI PRODUK INI

 

Menjadi ibubapa adalah salah satu detik yang paling menggembirakan dalam hidup anda. Memiliki anak mengubah hidup anda selamanya, dan kami ingin menyediakan ketenteraman dan keselamatan yang anda perlukan dalam menempuh kehidupan sebagai ibubapa.

A-Life Joy-i adalah satu pelan takaful berkaitan pelaburan yang menyediakan perlindungan kepada anak anda, dan juga peluang pelaburan, dengan serendah RM 150 sebulan. Kami menawarkan fleksibiliti dalam menukar tahap perlindungan dan simpanan untuk anak anda dari semasa ke semasa, demi memenuhi keperluan anak anda yang sentiasa berubah.

PENJELASAN ISTILAH TAKAFUL

Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?

Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?

Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Pertumbuhan Auto?

Ini bermakna kami akan meningkatkan amaun perlindungan anak anda sebanyak 100%, terhad kepada RM100,000, apabila anak anda mencapai umur 18 tahun, tanpa perlu melalui pengunderaitan perubatan.

 

FAEDAH PRODUK A-LIFE JOY

LINDUNGI ANAK ANDA WALAUPUN SEMASA ANDA SEDANG HAMIL

Anda boleh menyertai pelan ini untuk anak anda seawal minggu ke-14 kehamilan. Jika anda seorang pelanggan A-Life Lady360-i, anda boleh menikmati keistimewaan menjamin perlindungan untuk anak anda walaupun semasa kehamilan kurang daripada 14 minggu tanpa pengunderaitan perubatan.

PELAN PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN MENYELURUH UNTUK ANAK ANDA

Dapatkan perlindungan takaful untuk kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, dan juga melabur untuk menambah simpanan anda – semuanya dalam satu pelan.

PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN FLEKSIBEL

Caruman berpatutan bermula daripada RM 150 sebulan. Anda mempunyai fleksibiliti untuk menambah atau mengurangkan perlindungan anak anda. Anda juga boleh menyimpan lebih banyak, membuat pengeluaran, atau menukar dana.

LEBIHAN

Jika ada lebihan daripada dana risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan Peserta-peserta yang layak mengikut nisbah 50:50.

TINGKATKAN PERLINDUNGAN ANAK ANDA DI TAHUN-TAHUN AWAL

A-Plus BabyCare-i menyediakan anda faedah penjagaan kehamilan dan penjagaan kanak-kanak yang telah dipertingkatkan. Rider ini juga melindungi gangguan perkembangan kanak-kanak, khasnya Gangguan Spektrum Autisme dan Gangguan Defisit Perhatian dan Hiperaktif – faedah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

NIKMATI PERLINDUNGAN DUA KALI GANDA DENGAN CIRI PERTUMBUHAN AUTO

Kami akan meningkatkan amaun perlindungan anak anda sebanyak 100%, terhad kepada RM 100,000 apabila anak anda mencapai umur 18 tahun, tanpa pengunderaitan perubatan.

SIMPANAN PENDIDIKAN MELALUI A-PLUS SCHOLARSAVER-I

Anda boleh membina dana simpanan pendidikan untuk anak anda melalui A-Plus ScholarSaver-i. Jika anda menambah A-Plus PayorExtra-i kepada A-Life Joy-i, caruman yang diperuntukkan ke dalam A-Plus ScholarSaver-i mungkin layak untuk pelepasan cukai peribadi sehingga RM 3,000 setahun untuk insurans perubatan dan pendidikan.

Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.

HUBUNGKAN SAYA DENGAN PERANCANG HAYAT AIA

[wpforms id=”21817″ title=”false” description=”false”]

SEKILAS PANDANG TERMA & SYARAT

  • Pelan ini melindungi sehingga umur 100 tahun, dengan syarat sijil kekal aktif dan nilai akaun adalah mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan caj-caj lain. 
  • Perlindungan untuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal adalah sehingga umur 70.
  • Di bawah Pertumbuhan Auto, amaun yang ditambah adalah tertakluk kepada amaun perlindungan awal yang terendah, terhad kepada RM 100,000 untuk setiap sijil.
  • Pelan anda akan terus aktif dalam tempoh 5 tahun sijil yang pertama, walaupun nilai akaun anda tidak cukup untuk membayar Tabarru’ dan caj-caj lain yang dikenakan ke atas sijil anda.  
  • Tabarru’ ditolak daripada nilai akaun anda bergantung kepada umur yang anda capai dan ia akan meningkat apabila umur anda bertambah.  
  • Tabarru’ untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula Tabarru’ dengan memberi anda notis bertulis 3 bulan.
  • Anda boleh menukar dana anda bila perlu dan tiada yuran penukaran akan dikenakan. 
  • Nilai akaun sijil anda tidak dijamin dan berubah-ubah mengikut prestasi Dana Pelaburan AIA PUBLIC. Potensi risiko dalam melabur dalam dana ini ditanggung sepenuhnya oleh anda. 
  • Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
  • Jika ada sebarang lebihan yang terhasil daripada dana risiko takaful, lebihan tersebut akan dikongsi dengan peserta-peserta yang layak mengikut peruntukan Tabarru’ mereka.