SOALAN LAZIM AIA I-ONE PLAN

Apakah itu AIA i-One Plan?

AIA i-One Plan adalah pelan Takaful keluarga bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selama satu (1) tahun.

 

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini terbuka kepada individu berumur 16 hingga 55.

 

Berapakah perlindungan yang perlu saya dapatkan?

Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda di sini.

 

Apakah faedah AIA i-One Plan?

Faedah Amaun Perlindungan*
Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal RM 50,000
RM 100,000
RM 150,000
RM 200,000
RM 300,000
RM 400,000
RM 500,000

* Tertakluk kepada maksimum RM500,000 setiap hayat.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya meninggal dunia dalam tempoh sijil?

Jika anda meninggal dunia dalam tempoh sijil, mereka yang tersayang anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh sijil?

Anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh perlindungan. Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal bagi orang dilindungi hendaklah dalam bentuk hilang upaya andaian atau mematuhi definisi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

 

Berapa lamakah tempoh perlindungan?

Tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun sahaja.

 

Bilakah perlindungan saya bermula?

Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman disahkan.

 

Apakah maksud Takaful?

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu pada saat yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajar dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah.

 

Adakah saya dapat menikmati lebihan?

Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekali setahun oleh Pengendali Takaful. Jika terdapat sebarang lebihan yang wujud daripada DRP, lebihan bersih, selepas ditolak tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:

  Pengendali Takaful Peserta-peserta
Lebihan dalam Dana Risiko Peserta (DRP) 50% 50%

Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak mengikut perkadaran berdasarkan peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.

 

Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran untuk pelan ini?

Anda boleh membuat pembayaran dengan kad kredit anda atau melalui bayaran perbankan atas talian.

 

Berapa lamakah saya perlu membayar caruman?

Anda hanya perlu membayar caruman tahunan sekali.

 

Bolehkan saya menyertai lebih daripada satu sijil AIA i-One Plan ?

Ya, anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) AIA i-One Plan tertakluk kepada maximum jumlah amaun perlindungan iaitu RM 500,000.

 

Adakah sijil ini akan diperbaharui secara automatik selepas satu tahun?

Pembaharuan sijil ini adalah melalui jemputan sahaja. Jemputan untuk memperbaharui sijil anda akan dihantar melalui e-mel, dua (2) bulan sebelum tarikh tamat sijil anda.

 

Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan sijil saya?

Penyertaan dalam Sijil takaful keluarga bertempoh ini memerlukan komitmen kewangan anda selama satu (1) tahun. Anda akan diberikan tempoh 15 hari tempoh percubaan untuk menyemak sijil Takaful anda. Anda mempunyai hak untuk membatalkan sijil Takaful anda dengan mengemukakan permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC dalam tempoh 15 hari selepas anda telah menerima e-sijil. Caruman yang telah anda bayar akan dipulangkan kepada anda.

Anda juga boleh menyerahkan sijil anda pada bila-bila masa semasa Sijil berkuatkuasa, dengan memberikan notis bertulis kepada Kami. Setelah serahan sijil, caruman yang tidak digunakan daripada DRP dan Yuran Wakalah yang belum terperoleh daripada Pengendali Takaful (jika ada) akan dipulangkan kepada anda.

 

Adakah terdapat yuran dan caj tambahan untuk pelan ini?

Tidak. Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran caruman anda.

 

Apakah pengecualian-pengeculian utama bawah sijil ini?

Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:

  1. Kematian akibat daripada bunuh diri.
  2. Anda tidak akan dilindungi jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kejadian berikut:
    • Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman
    • Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
    • Memasuki, keluar, mengendali, memberi khidmat, atau diangkut melalui sebarang peranti atau pengangkutan udara melainkan apabila Orang Dilindungi adalah penumpang berbayar atau ahli krew untuk penerbangan pengangkutan udara komersial di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang ditetapkan;
    • Sebarang kecacatan kongenital yang telah dipaparkan atau telah didiagnosiskan sebelum umur tujuh belas (17) tahun.
    • Sebarang Hilang Upaya akibat keadaan fizikal atau mental yang wujud sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, yang mana kemudian, yang tidak dinyatakan dalam permohonan atau kenyataan kesihatan.

Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada e-sijil anda untuk pengecualian penuh.

 

Bagaimanakah saya boleh menetapkan seseorang sebagai penama untuk sijil Takaful saya?

Anda boleh menetapkan penama(-penama) sebagai:

  1. Seorang pelaksana; atau
  2. Seorang penerima faedah bawah hibah bersyarat (hadiah).

Sesiapa sahaja boleh menjadi penama tetapi penama haruslah seorang yang waras Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.

 

Adakah wajib untuk saya membuat penamaan bagi pelan ini?

Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami ingin mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan borang tuntutan & membuat tuntutan?

Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini atau boleh didapati di laman web AIA aia.com.my. 

Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelangggan AIA kami.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk membuat tuntutan dan dokumen tambahan yang diperlukan, sila layari

 

Bagaimanakah saya boleh menyemak status tuntutan saya?

Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA atau menghubungi 1300 88 8922 (untuk sijil dengan AIA PUBLIC)

 

Apakah dokumen tambahan yang diperlukan jika saya meninggal dunia di luar negara?

Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan benar sijil kematian diperakui, yang dikeluarkan oleh negara di mana anda meninggal dunia.