AIA i-Starter Plan

 

Tempoh Perlindungan

1 TAHUN

Umur Penyertaan

UMUR 16 – 55 TAHUN

Anda boleh membelinya melalui

LAMAN WEB AIA

MENGENAI PRODUK INI

 

AIA i-Starter Plan adalah pelan Takaful Keluarga yang mudah dan mampu milik yang memberi perlindungan ke atas kematian. Pelan ini sesuai jika anda baru mengenali takaful atau jika anda sedang mencari perlindungan Takaful asas. Anda boleh menyertai AIA i-Starter Plan secara langsung atas talian dan mendapat perlindungan dengan segera.

Pelan ini hanya tersedia untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Tiada pengantara terlibat dalam pemasaran AIA i-Starter Plan.

FAEDAH KEMATIAN

Pelan ini akan membantu orang yang anda sayangi dari segi kewangan dengan bayaran sekaligus apabila anda meninggal dunia.

LEBIHAN

Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan para Peserta yang layak pada nisbah 50:50.

PILIHAN AMAUN PERLINDUNGAN

Pilih amaun perlindungan anda, bermula daripada jumlah minimum sebanyak RM10,000 kepada jumlah maksimum sebanyak RM30,000.

Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Perancang Hayat AIA.

HUBUNGKAN SAYA DENGAN PERANCANG HAYAT AIA

[wpforms id=”21817″ title=”false” description=”false”]

SEKILAS PANDANG TERMA & SYARAT

  • Caruman yang dibayar bagi pelan ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai persendirian, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Pelan ini diunderait oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) dan AIA PUBLIC adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.