PANDUAN TEMPAHAN PAKEJ UMRAH

PAKEJ UMRAH TIRAM TRAVEL 2018/19

1 . Deposit
Pakej Biasa : Minimum RM500 seorang
Pakej Promosi : RM1000 seorang

2 . Pembayaran
Pembayaran melalui ‘direct bank-in’ / transaksi internet perlu disertakan resit sebagai bukti pembayaran
Sila klik button di bawah untuk membuat pembayaran

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1 . Pasport antarabangsa
Tarikh sahlaku pasport hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh penerbangan

2 . 2 keping gambar visa umrah mengikut syarat-syarat berikut:
* Saiz gambar berukuran 6 cm x 4 cm
* Saiz wajah berukuran 4 cm x 3 cm
* Latar belakang berwarna putih
* Tidak memakai songkok / kopiah (bagi lelaki)
* Bertudung gelap (bagi perempuan)

3 . Sijil suntikan Meningitis (ACWY)

4 .  Dokumen bagi jemaah yang bermahram:

  • Isteri di bawah 45 tahun :
    Salinan sijil nikah serta disahkan oleh Jabatan Agama dan Wisma Putra.
  • Anak perempuan di bawah 45 tahun :
    Salinan sijil lahir serta disahkan oleh JPN dan   Wisma Putra
  • Anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun,  
    Salinan sijil lahir disahkan oleh JPN  dan sijil nikah ibu bapa disahkan oleh pegawai nikah, cerai & rujuk disahkan serta Wisma Putra
    * Diwajibkan pergi bersama ibu dan bapa.
  • Adik-beradik :
    Salinan sijil lahir (kedua-duanya) serta disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan bapa.
    * Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.
  • Anak angkat :
    Salinan sijil anak angkat yang disahkan oleh JPN dan salinan sijil nikah ibu bapa disahkan pegawai nikah, cerai & rujuk serta disahkan Wisma Putra. 
    (Diwajibkan pergi bersama ibu dan bapa).
  • Anak tiri :
    Salinan sijil cerai / sijil mati(bapa) dan surat hak penjagaan anak daripada Mahkamah Syariah, sijil lahir anak yang disahkan oleh JPN, sijil nikah yang disahkan pegawai nikah, cerai & rujuk. Semua dokumen perlu disahkan di Wisma Putra. Kad pengenalan bapa (Jika masih hidup)
  • Cucu :
    Salinan sijil lahir, salinan sijil lahir bapa/ibu yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan  bapa.
    * Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.
  • Anak saudara :
    Salinan sijil lahir, salinan sijil lahir bapa dan adik beradik bapa (jika sebelah bapa) / ibu dan adik beradik ibu (jika sebelah ibu) yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan bapa.
    * Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.

 

5 . Dokumen tambahan bagi bukan pasport Malaysia perlu mempunyai :
       a) PR (Permenant Residence)    b) Permit Kerja      c) Permit belajar     d) Visa Sosial (Multiple Entry)

NOTA PENTING!

Dokumen MESTI dihantar 40 HARI SEBELUM TARIKH BERLEPAS.

Bagi Pakej Cuti Sekolah : 2 BULAN SEBELUM TARIKH BERLEPAS.

Syarikat menyediakan perkhidmatan pengesahan dokumen di Wisma Putra dengan bayaran RM 10.00 untuk satu dokumen. Pengesahan JPN atau JAI perlu diuruskan sendiri kerana pihak JPN atau JAI memerlukan dokumen asal bagi pengesahan.

Syarikat tidak bertanggungjawab  untuk kelulusan visa diatas dokumen atau bayaran  yang diserahkan lewat daripada tempoh yang ditetapkan.

PESAKIT DIALISIS : Diterima untuk pakej Bukan Cuti Sekolah dengan syarat tertentu

TERMA & SYARAT PAKEJ UMRAH TIRAM TRAVEL 2018/19


POTONGAN HARGA KANAK-KANAK & VISA SENDIRI :

  • Bayi sebelum 2 tahun : Bayar RM 2000.00 sahaja.
  • Visa sendiri (dengan persetujuan syarikat) : Potongan  RM 180.00 daripada harga pakej

 

TAMBAHAN BAYARAN UNTUK ‘UPGRADE’ BILIK :

Harga berdasarkan  susunan bilik berempat atau berlima. ‘Upgrading bilik’ tertakluk kepada bayaran tambahan :

Hotel 5 Bintang (SAFWA / ROYAL DAR EIMAN) : Upgrade dari bilik berlima seperti berikut

Cuti Sekolah Bukan Cuti Sekolah
Bilik berempat RM1000 seorang RM400 seorang
Bilik bertiga RM1400 seorang RM800 seorang
Bilik berdua RM2000 seorang RM1500 seorang

RAMADAN – Tiada upgrade bilik

PEMBATALAN PAKEJ & TUNTUTAN (REFUND)

  1. Tarikh penerbangan, harga, penginapan dan jenis penerbangan setiap pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.
     
  2. Pihak syarikat berhak merombak jadual dan aturcara perjalanan tanpa notis mengikut kesesuaian logistik pakej.