×

DAPATKAN SUPPORT KAMI MELALUI:

1Tel: 03-5523 2354.
2SMS/WhatsApp: 012 2807903.
3Emel: support@bijakwang.my

Jika anda masih menghadapi masalah, sila tinggalkan pesanan melalui BORANG MAKLUMBALAS di sini. Terima kasih.

WAKTU URUSAN PEJABAT

Isnin-Jumaat 9:00AM - 5:00PM
Sabtu & Ahad - Lihat Jadual Aktiviti - Sila KLIK!

FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

SIAPAKAH BIJAK WANG PLANNER?

MAKLUMAT KORPORAT

Nama & No. Pendaftaran Syarikat
Bijak Wang Planner (002872953-H)

Tarikh Pendaftaran
14hb. Ogos 2018

Alamat Perniagaan
No. 10A, Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A, Seksyen 9
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Visi
Menjadi Peneraju Dalam Bidang Kebebasan Kewangan Menyeluruh

Misi
Memperkasa Ekonomi Rakyat Malaysia
Melalui Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Lengkap dan Bijak

Objektif

Mewujudkan rangkaian Pusat Khidmat Kewangan Peribadi Setempat di bawah Jenama BIJAKWANG di seluruh negara.

Mewujudkan rangkaian pasukan Perunding dan Perancang Kewangan yang berkemahiran, profesional dan beriman.

Menawarkan perkhidmatan kewangan yang lengkap dan bersepadu yang menepati prinsip-prinsip Syariah kepada seluruh masyarakat.

Motto / Tagline
Rakan Bebas Kewangan Anda

Nilai Utama
Amanah, Profesional, Inovatif, Mengutamakan Pelanggan

TERAJU UTAMA

HJ MOHD SAFRI BIN MAHAT, PPT, IFP
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (Founder & CEO)

   Biodata                           Facebook

 admin     

PERKHIDMATAN KAMI

MODEL PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI
LENGKAP DAN BERSEPADU i-SMART 8P

BIJAK WANG PLANNER (BWP) kini telah berjaya membentuk satu Model Pengurusan dan Perancangan Kewangan Peribadi yang lengkap dan bersepadu melalui sebuah model yang kami namakan sebagai MODEL BIJAKWANG i-SMART 8P yang boleh dimanfaatkan atau diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengurus dan merancang kewangan peribadi mereka dengan lebih sistematik dan menyeluruh.

Model ini bukan sahaja dapat membantu ke arah pengurusan kewangan peribadi yang lebih baik dan lancar, di samping itu juga dapat meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti kewangan yang dilaksanakan sehingga mampu mencapai Kebebasan Kewangan Menyeluruh (Total Financial Freedom) yang diidamkan oleh semua orang, yang juga merupakan corporate tagline kepada Bijak Wang Planner.

Model i-Smart 8P ini secara dasarnya adalah berpaksikan kepada TIGA SKOP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI utama yang secara keseluruhannya merangkumi LAPAN PELAN PENGURUSAN & PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI sebagai ASAS dan TERAS kepada pengurusan kewangan peribadi yang menyeluruh, sistematik dan bijak seperti berikut: 

SKOP PENGURUSAN KEWANGAN I:
MENJANA PENDAPATAN

  P1 : PELAN PENDAPATAN

SKOP PENGURUSAN KEWANGAN II:
MENGURUS KEWANGAN

  P2 : PELAN PENYIMPANAN
  P3 : PELAN PERBELANJAAN

  P4 : PELAN PENGURUSAN HUTANG

SKOP PENGURUSAN KEWANGAN III:
MERANCANG KEWANGAN

  P5 : PELAN PELABURAN
  P6 : PELAN PERLINDUNGAN
  P7 : PELAN PENYUCIAN
  P8 : PELAN PEWARISAN

-

-BIJAK WANG PLANNER MEMPERKENALKAN

MODEL i-SMART 8P

Model BijakWang i-SMART 8P mengandungi 8 Pelan Pengurusan & Perancangan Kewangan Peribadi yang lengkap dan bersepadu seperti berikut:

P1 : Pelan Pendapatan   KLIK INFO LANJUT

Sumber pendapatan merupakan perkara utama yang sangat dititikberatkan di dalam Islam khususnya di dalam aspek pengurusan kewangan peribadi yang lengkap untuk seseorang individu, keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat. Tanpa pendapatan atau wang masuk, tiada apa yang perlu diuruskan!

Oleh kerana itu, pelan pendapatan P1 ini bolehlah diibaratkan sebagai NADI dan OKSIGEN kepada kehidupan dan kesihatan pengurusan kewangan peribadi seseorang. Jika baik dan bijak seseorang itu memperoleh dan mengurus sumber pendapatannya, maka akan menjadi lebih mudah dan hebat untuk beliau menguruskan pelan-pelan pengurusan kewangannya yang lain. Sebaliknya, jika seseorang itu lemah atau gagal di dalam pelan pertama P1 ini, maka akan menjadi lebih sukar dan kemungkinan besar beliau akan gagal dalam pengurusan pelan-pelan seterusnya.

Dalam melihat dan menilai bahawa Pelan Pendapatan (P1) ini, Bijak Wang Planner (BWP) bukan sahaja memberikan penekanan dan penegasan dari aspek halal, bersih dan barakahnya semata-mata, tetapi juga menyedia dan menawarkan cara dan kaedah yang lebih mudah dan bijak dalam menghasikannya selaras dengan situasi dan teknologi yang ada masakini tetapi masih dalam kerangka yang menepati prinsip-prinsip Syariat Islam!

Dengan kata lain.. di sinilah bermulanya segala kekuatan ekonomi ummah!

P2 : Pelan Penyimpanan   KLIK INFO LANJUT

Tabungan atau Simpanan adalah merupakan ASAS dan TERAS apabila kita membicarakan mengenai pengurusan dan perancangan kewangan peribadi secara keseluruhannya. Tiada atau lemahnya tabungan atau simpanan, maka akan lemah dan tiadalah juga sebarang kejayaan yang mampu dicipta atau diraih dalam kehidupan yang hampir kesemuanya memerlukan WANG!

Jika Pelan P1 Pendapatan diibarat sebagai nadi dan oksigen kepada kesihatan dan kehidupan pengurusan kewangan seseorang, Pelan P2 Penyimpanan pula bolehlah diibaratkan sebagai JANTUNG yang akan mengepam oksigen dan darah tersebut ke seluruh anggota lain atau ke seluruh sistem pengurusan dan perancangan kewangan seseorang itu. Kelancaran pengurusan dan kesihatan kewangan peribadi secara keseluruhannya sangat bergantung kepada tahap penabungan dan penyimpanan kewangan seseorang itu.

Maka di sinilah betapa pentingnya sistem dan pelan penyimpanan dan penabungan kepada kesihatan kewangan dan kehidupan manusia yang perlu dititik beratkan!

P3 : Pelan Perbelanjaan   KLIK INFO LANJUT

Inilah segmen atau bahagian yang paling diminati dan disukai oleh semua orang.. iaitu BERBELANJA! Apa gunanya duit kalau tidak dibelanjakan! Kalau boleh, selagi ada duit, semua nak dibelanjakan! Bak kata P. Ramlee, seolah-olah "dunia ini ana yang punya.." Oleh kerana itu, Pelan P3 Perbelanjaan ini boleh diibaratkan seperti HAWA NAFSU yang perlu dikawal dan diuruskan bagi membentuk dan membina kesihatan kewangan yang lebih baik sepanjang kehidupan kita!

Perbelanjaan perlu berhemah dan dikawal mengikut keperluan dan kemampuan. Di platform BijakWang, kami menyediakan pelbagai maklumat, tips dan panduan bagi memandu orangramai cara-cara dan kaedah terbaik dalam menguruskan perbelanjaan.

Namun STRATEGI TERBAIK kami di platform BijakWang ini ialah Menjadikan Perbelanjaan Sebagai Pendapatan! Dapatkan info lanjut mengenai strategi hebat ini di dalam!

P4 : Pelan Pengurusan Hutang   KLIK INFO LANJUT

Hutang merupakan sesuatu yang seakan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Di dalam kehidupan ini, kita seakan tidak dapat lari dari hutang. Walaupun ramai di antara kita yang cuba untuk menjauhkan diri dari terjebak dengan hutang, namun hutang tetap yang akan datang mencari kita, kadang-kadang dalam keadaan yang kita tidak sedari atau pura-pura tidak sedar akibat dari tawaran-tawaran hebat dan skim-skim menarik yang sukar untuk dilepaskan, yang akhirnya mereka akan terjebak beberapa kali dengan PERANGKAP HUTANG! Paling malang dan paling menggusarkan ialah mereka yang mula terjebak dengan perangkap hutang ini akan terus terjerumus berkali-kali sehingga akhirnya amat sukar untuk keluar dari kemelut hutang yang serius!

Jika Pelan P3 Perbelanjaan dianggap sebagai hawa nafsu yang perlu diselia dan dikawal, Pelan P4 Pengurusan Hutang ini lebih-lebih lagi kritikal untuk diberi perhatian serius dan seeloknya dijauhi, kerana ianya boleh diibaratkan sebagai BARAH atau KANSER yang perlu dikawal, diselia dan dirawat sebaik mungkin agar ianya tidak merebak menjadi penyakit yang sukar untuk diubati!

Suka diingatkan juga kepada kita semua, khususnya yang beragama Islam, hutang wajib dibayar sama ada semasa kita hidup mahu pun selepas kita meninggal (yang akan dibayar oleh waris-waris melalui harta yang kita tinggalkan), berdasarkan sebuah hadis Nabi saw yang bermaksud, "Roh seorang mukmin akan tergantung, selagi hutangnya belum dijelaskan (oleh waris-warisnya)". Oleh sebab itulah, BijakWang telah mewujudkan pelan khas khas di bawah Pelan P4 ini dalam menangani permasalahan pengurusan hutang ini.

P5 : Pelan Pelaburan   KLIK INFO LANJUT

Pelan kelima ini ada sedikit persamaan dengan pelan kedua (P2: Penyimpanan) kerana ia juga melibatkan penabungan dan penyimpanan, tetapi bezanya P2 berjangka pendek dan sederhana, manakala Pelan P5 ini merupakan simpanan dan tabungan berjangka panjang agar dapat diperkembangkan untuk membina dana-dana yang besar bagi keperluan kewangan dan kehidupan di masa hadapan. Melalui Pelan P5 inilah sebahagian besar daripada matlamat kewangan jangka panjang dapat dicapai jika dilakukan dengan betul dan konsisten.

Pelan P5 Pelaburan ini bolehlah diibaratkan seperti MAKANAN, VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan oleh pengurusan kewangan peribadi kita untuk membesar, berkembang dan memberikan tenaga kepada tumbesaran dan kecergasan kesihatan kewangan kita di sepanjang kehidupan dalam jangka masa yang panjang.

Tanpa matlamat kewangan dan perancangan pelaburan jangka panjang yang baik dan konsisten ini, seseorang itu tidak akan berjaya mencapai sebarang impian dalam kewangan dan kehidupan mereka kecuali 'nasib' menyebelahi mereka! 

P6 : Pelan Perlindungan   KLIK INFO LANJUT

Kehidupan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko musibah, kemalangan dan bencana, baik kepada harta kekayaan mahupun kepada diri seseorang. Sebagai langkah berikhtiar, seorang itu harus berusaha dan merancang bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya jika musibah melanda.

Pelan P5 Perlindungan ini diibaratkan SISTEM IMUNISASI atau sistem pertahanan kepada pengurusan kewangan kita yang mana ianya sentiasa perlu dijaga dan diperkuatkan sebagai benteng kukuh yang akan mempertahan dan melindungi dari sebarang risiko yang mungkin akan dihadapi suatu hari nanti.

Safety First! Dalam apa jua keadaan sekali pun, aspek keselamatan dan perlindungan perlu tetap menjadi keutamaan dan perkara yang seharusnya didahulukan dari perkara-perkara lain. Begitulah betapa pentingnya kedudukan pelan pengurusan kewangan keenam (P6) Perlindungan ini.

Salah satu daripada kaedah untuk mengelak atau mengurangkan risiko khususnya di dalam aspek kewangan dan kehidupan ini ialah melalui perlindungan Takaful yang menepati prinsip-prinsip Syariah.

P7 : Pelan Penyucian   KLIK INFO LANJUT

Islam bukan hanya mementingkan persoalan bagaimana sesuatu harta itu diperolehi tetapi juga bagaimana harta tersebut digunakan atau dibelanjakan. Seorang Mukmin dituntut menunaikan beberapa hak dan tanggungjawab terhadap harta yang dimiliki bagi tujuan penyucian harta tersebut.

Terdapat dua perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai pelan penyucian ini:

(1) Diibaratkan seperti seketul HATI di dalam tubuh badan kita yang perlu dibersih dan disucikan setiap waktu dan ketika dengan santapan-santapan kerohanian. Begitulah juga dengan pengurusan kewangan kita yang sentiasa perlu dibersih dan disucikan setiap masa melalui amalan-amalan seperti bersedekah, berwakaf, berzakat dan sebagainya bagi menyucikan harta dan jiwa kita.

(2) Diibaratkan seperti AIR YANG BERSIH DAN SUCI LAGI MENYUCIKAN, yang mana air sangat diperlukan oleh tubuh badan kita, malah dalam kehidupan kita secara keseluruhannya, bukan sahaja untuk minuman dan kesihatan, tetapi juga untuk kebersihan dan penyucian seperti membasuh, berwudhu' dan sebagainya.

Sesungguhnya di dalam Islam, matlamat kewangan tidak hanya sekadar mencapai matlamat di dunia semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah agar kewangan yang diperolehi tersebut juga dapat mencapai matlamat yang jauh lebih besar, agung dan berkekalan, iaitu mencapai matlamat kehidupan kita di akhirat kelak yang kekal abadi buat selamanya.. Inilah juga sebenarnya yang menjadi perbezaan utama dan ketara di dalam pengurusan dan perancangan Islam dan konvensional!

Oleh itu, masyarakat amat disarankan supaya tidak sekali-kali meninggalkan pelan perancangan ketujuh (P7), Pelan Penyucian ini agar jika bukan sahaja berjaya dan kaya di dunia, tetapi juga berjaya dan kaya di akhirat nanti!

P8 : Pelan Pewarisan   KLIK INFO LANJUT

Harta dan wang ringgit yang diperoleh dan dikumpul sepanjang hayat kita itu akhirnya akan kita tinggalkan di dunia ini apabila kematian menjemput kita. Rancanglah agar harta yang begitu susah payah kita usahakan tersebut akhirnya akan menjadi amal soleh yang akan terus kekal memberikan manfaat kepada kita yang telah tiada, dan juga kepada waris-waris dan orang-orang tersayang yang kita tinggalkan. Tanpa perancangan yang benar-benar baik dan lengkap, ianya tidak menjamin harta yang ditinggalkan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh waris-waris yang ditinggalkan, malah dikhuatiri akan menjadi bebanan pula kepada kita di alam sana kelak!

Pelan terakhir P8 Pewarisan ini bolehlah diibaratkan pula seperti BENIH yang sangat penting kepada kelangsungan legasi seseorang. Bagaimana cara dan ke mana perginya pembahagian harta pusaka kita itu diuruskan nanti selepas kematian kita tidak akan berjalan dengan sendirinya dan tidak semestinya akan mengikut sepertimana yang kita harapkan dan inginkan jika kita gagal dalam melakukan pelan perancangan pewarisan ini. Ingat! Tiada peluang kedua untuk kita kembali ke dunia setelah kita dijemput kembali ke sana.

Di antara instrumen dan khidmat pewarisan yang disediakan di Bijak Wang ialah khidmat penulisan wasiat, hibah, wakaf, perundingan faraid, pewarisan perniagaan, pengamanahan, penyelesaian pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka. Untuk tujuan ini, BWP telah bekerjasama dengan Warisan Mukmin Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah dilantik sebagai Agen Korporat kepada MyAngkasa Amanah Berhad bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan.

TOP