MENGENAI PROJEK KHAS:
TSUNAMI WANG 2.0
Transformasi Kewangan 360o
APA ITU TSUNAMI WANG 2.0?
Tsunami Wang 2.0 ialah satu Projek Khas yang diwujudkan oleh BijakWang sebagai salah satu usaha bagi merealisasikan Misi Kedua Bijak Wang iaitu “Membantu Rakyat Malaysia mencapai “Kebebasan Kewangan Sepanjang Hayat”.
Projek Tsunami Wang 2.0 adalah lanjutan dari Projek 1.0 yang telah dilancarkan buat pertama kalinya pada bulan Ogos 2021 ketika dunia dilanda pendamik Covid pada ketika itu. Projek unik pertama seumpamanya ini telah mendapat perhatian ramai ketika itu. Namun dengan pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi, apatah lagi pendamik semakin menular dan memuncak, maka kami terpaksa akur untuk “berehat seketika”, sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali dilancarkan semula.
Kini projek Tsunami Wang 2.0 (TW2.0) tampil dengan versi baru yang telah dipermudah dan dipertingkat bagi menghasilkan keputusan yang lebih dinamik dan realistik.
FOKUS UTAMA
Fokus Utama TW2.0 ialah kepada “Menjana Pendapatan” iaitu salah satu komponen terpenting dalam Model BW 8P, malah ia merupakan nadi dan tunjang utama kepada penyelesaian kewangan peribadi menyeluruh dan muktamad.
BijakWang (BW) percaya dengan memiliki pendapatan besar yang mengalir secara konsisten dan berterusan tanpa henti, mengurus kewangan peribadi akan menjadi lebih mudah sehingga mampu mencapai misi “Kebebasan Kewangan Menyeluruh Sepanjang Hayat”, bukan sahaja untuk kesejahteraan di dunia tetapi juga menjangkau ke akhirat seperti yang disasarkan.
PENDAPATAN TSUNAMI
BW mendefinisikan Pendapatan Tsunami sebagai pendapatan yang sangat besar sehingga melimpah-ruah (selari dengan namanya “Tsunami” itu sendiri), yang membolehkan kita bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas dan wajib sahaja tetapi juga mempunyai banyak lebihan untuk tujuan-tujuan kebaikan samada untuk diri sendiri dan keluarga, infaq dan sedekah, untuk kepentingan dunia dan akhirat.
Pendapatan Tsunami ini mempunyai ciri-ciri khas yang hebat dan luarbiasa merangkumi beberapa jenis pendapatan terbaik yang boleh diringkaskan melalui perkataan “M.E.L.U.A.P.” yang merujuk kepada ciri-ciri pendapatan seperti berikut:
M – Multiple Income (Beberapa Pendapatan dalam satu masa)
E – Exponential Income (Pendapatan Bergandaan Eksponen)
L – Lifetime Income (Pendapatan Sepanjang Hayat)
U – Unlimited Income (Pendapatan Tanpa Had)
A – After Death (Legacy) Income (Pendapatan Legasi)
P – Passive Income (Pendapatan Pasif)
Melalui Projek TW2.0 ini, matlamat kami bukan sahaja untuk menghasilkan pendapatan yang banyak sehingga melimpah-ruah, tetapi juga mestilah konsisten dan berpanjangan, iaitu mampu untuk bertahan lama dan kekal hingga sepanjang hayat.
KUASA ‘LEVERAGE’
Untuk menghasilkan pendapatan luar biasa yang mempunyai ciri-ciri hebat seperti ini, sudah pasti bukanlah suatu perkara yang mudah, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai jika ia dapat dilaksanakan dengan sistem dan kaedah yang betul dan terancang.
Salah satu strategi penting yang diterapkan di dalam Projek TW2.0 ini ialah dengan menggunakan “Kuasa Leverage”. Dengan “Kuasa Leverage”, perkara yang sukar boleh menjadi mudah, yang kecil boleh menjadi besar, suatu perkara yang mungkin dilihat mustahil dan tidak masuk akal untuk dicapai dengan kaedah dan cara biasa, namun dengan “Kuasa Leverage”, sesuatu itu boleh menjadi kenyataan! Insya-Allah kita boleh melakukannya dengan Izin ALLAH!
Kita TIDAK perlu tahu atau buat SEMUA perkara untuk menjadi kaya dan berjaya, kita hanya perlu BIJAK menggunakan “LEVERAGE”!
Inilah falsafah dan prinsip asas utama yang digunapakai di dalam Projek TW2.0 bagi menghasilkan “Pendapatan Tsunami” yang mungkin tidak masuk akal oleh kebanyakan orang yang tidak benar-benar memahaminya.
APA YANG BW SEDIAKAN?
Melalui Projek TW2.0 ini, kami telah menyediakan satu sistem lengkap (Done For You System) yang telah “dipermudahkan” untuk diikuti oleh semua orang.
Bermula dari kajian dan penyelidikan bagi pemilihan bisnes yang berpotensi untuk berkembang dan kemampuan bertahan untuk jangka panjang dilakukan dengan begitu teliti dan melalui kriteria-kriteria pemilihan yang ketat untuk projek ini.
Berdasarkan pengalaman kami, di peringkat paling awal dan asas pemilihan ini pun, begitu ramai sekali yang gagal melakukannya dengan baik, yang berkesudahan dengan terbengkalai atau bungkus di tengah jalan! Ada yang terus patah semangat untuk terus berjuang, tetapi ada juga yang terus mencuba dari satu bisnes ke satu bisnes yang lain namun seolah-olah tiada kesudahannya.
Selain itu juga di platform BW ini, kami turut menyediakan segala perkara yang diperlukan untuk berjaya di dalam satu sistem lengkap untuk anda sebagai pengguna dan peserta. Anda hanya perlu ikut dan gunakan apa yang telah disediakan untuk anda. Just follow the system, dan sistem akan bekerja untuk anda!