
Penerangan Ringkas Model BijakWang 8P
Model BijakWang telah mula diperkenalkan oleh Warisan Mukmin Sdn Bhd (WMSB) sejak penubuhannya pada tahun 2005 yang ketika itu hanya bermula dengan Konsep BW4P iaitu dengan Pelan Pelaburan, Perlindungan, Penyucian dan Pewarisan. WMSB menjadi syarikat pertama pada ketika itu yang memperkenalkan konsep gabungan pengurusan kewangan peribadi ini melalui Konsep BW4P ini.
Kemudiannya konsep ini telah diperluaskan skop pengurusan dan perkhidmatan ini sehinggalah kepada 8P yang kemudiannya dibawakan oleh syarikat sekutunya, Bijak Wang Planner (BWP) dengan memperkenalkan Model BijakWang 8P ini pada tahun 2008.
Model BW 8P ini merangkumi Lapan Pelan Pengurusan Kewangan Peribadi yang lengkap merangkumi:
P1: Pelan Pendapatan
P2: Pelan Penyimpanan (Tabungan)
P3: Pelan Perbelanjaan
P4: Pelan Pengurusan Hutang
P5: Pelan Pelaburan (Pengembangan)
P6: Pelan Perlindungan
P7: Pelan Penyucian
P8: Pelan Pewarisan
Berikut ialah penerangan ringkas mengenai Model BijakWang 8P ini.
P1: PELAN PENDAPATAN
Sumber pendapatan adalah perkara asas untuk kita menguruskan kehidupan ini. Bekerja mencari nafkah dan rezeki amat dituntut malah diwajibkan di dalam Islam.
Pelan P1 ini diibaratkan sebagai NADI dan OKSIGEN kepada kesihatan kewangan kita. Jika baik pendapatan kita ini, maka lebih mudah untuk kita menguruskan pelan-pelan kewangan yang lain. Sebaliknya, jika kita lemah di dalam Pelan P1 ini, lebih sukar dan potensi untuk gagal dalam pengurusan kewangan peribadi kita adalah tinggi.
Dalam aspek P1 ini, BW bukan sahaja menekankan aspek halal dan barakahnya, tetapi juga menyediakan cara mudah dan bijak menghasilkannya selaras dengan era teknologi masakini serta menepati prinsip-prinsip Syariah!
Di sinilah bermulanya kekuatan kewangan peribadi kita!
P2: PELAN PENYIMPANAN (TABUNGAN)
Simpanan atau tabungan juga adalah perkara ASAS khususnya untuk merancang keperluan di masa akan datang.
Pelan P2 boleh diibaratkan sebagai JANTUNG yang akan mengepam oksigen dan darah ke seluruh anggota lain atau ke seluruh sistem pengurusan kewangan kita.
Kelancaran keseluruhan pengurusan kewangan peribadi sangat bergantung kepada tahap penabungan kita.
P3: PELAN PERBELANJAAN
Inilah bahagian paling digemari.. BERBELANJA! Kalau boleh, selagi ada duit, semua nak dibelanjakan!
Pelan P3 ini boleh diibaratkan seperti HAWA NAFSU yang ada dalam diri kita yang perlu diurus dan dikawal dengan baik!
Perbelanjaan perlu berhemah dan dikawal mengikut keperluan dan kemampuan. BW telah menyediakan pelbagai info, panduan dan kaedah terbaik mengurus perbelanjaan.
Namun STRATEGI TERBAIK di BW ialah Menjadikan Perbelanjaan Sebagai Pendapatan! Dapatkan info lanjut mengenai strategi hebat ini!
P4: PELAN PENGURUSAN HUTANG
Kita seakan tidak dapat lari atau dipisahkan dari hutang. Walaupun kita cuba untuk menjauhkan diri darinya, namun ia tetap akan datang dan akhirnya terjebak dengan PERANGKAP HUTANG!
Jika gagal diuruskannya dengan baik, kita akan terus terperangkap dengan kemelut hutang yang berpanjangan!
Pelan P4 ini diibaratkan sebagai BARAH yang perlu dikawal, diselia dan dirawat sebaik mungkin agar ianya tidak merebak menjadi penyakit yang sukar diubati!
Bagi seorang Muslim, hutang wajib dibayar semasa hidup mahu pun selepas kematian (yang akan dilunaskan oleh waris melalui harta yang ditinggalkan).
P5: PELAN PERLINDUNGAN
Kehidupan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko berlakunya musibah, kemalangan atau bencana yang tidak diduga. Oleh itu, kita perlu berikhtiar sebaik mungkin bagaimana kita dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul jika musibah melanda.
Pelan P5 ini diibaratkan SISTEM IMUNISASI atau sistem pertahanan kewangan kita yang sentiasa perlu diperkuatkan sebagai benteng kukuh bagi melindungi kita dari sebarang risiko sekiranya berlaku.
Dalam apa jua keadaan, aspek keselamatan dan perlindungan perlu menjadi keutamaan dan didahulukan dari perkara2 lain. Salah satu kaedah mengurus risiko kewangan ini ialah melalui perlindungan Takaful yang menepati prinsip2 Syariah.
P6: PELAN PELABURAN (PENGEMBANGAN)
Pelan P6 merupakan tabungan berjangka panjang yang diperkembangkan untuk membina dana yang besar bagi keperluan2 kewangan di masa hadapan.
Pelan P6 ini bolehlah diibaratkan seperti MAKANAN, VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan untuk membesar dan berkembang bagi tumbesaran dan kecergasan kesihatan kewangan di sepanjang kehidupan kita.
Tanpa perancangan pelaburan yang baik, kita akan gagal mencapai sebarang matlamat kewangan dan kehidupan kecuali mengharapkan ‘nasib’ menyebelahi kita!
P7: PELAN PENYUCIAN
Islam juga menuntut kita agar dapat menunaikan beberapa hak dan tanggungjawab terhadap harta yang dimiliki bagi tujuan penyucian harta.
Pelan P7 boleh iibaratkan seperti seketul HATI di dalam tubuh kita yang perlu dibersih dan disucikan setiap masa dengan santapan kerohanian. Begitulah juga dengan kewangan kita yang sentiasa perlu disucikan melalui amalan-amalan bersedekah, berwakaf, berzakat dan sebagainya bagi menyucikan harta dan jiwa kita.
Dalam Islam, matlamat kewangan tidak hanya sekadar mencapai matlamat di dunia semata-mata, tetapi yang lebih penting matlamat yang jauh lebih besar dan agung iaitu mencapai matlamat di akhirat yang kekal abadi buat selamanya.
P8: PELAN PEWARISAN
Harta yang dikumpul ketika hayat akhirnya akan ditinggalkan apabila berlakunya kematian. Rancanglah agar harta yang diusahakan itu akan menjadi amal soleh berterusan kepada kita yang telah tiada, dan juga kepada waris2 dan orang2 tersayang yang kita tinggalkan, bukan pula sebaliknya.
Pelan P8 ini bolehlah diibaratkan seperti BENIH yang begitu penting kepada kelangsungan legasi seseorang.
Pembahagian harta pusaka selepas kematian kita tidak akan berjalan dengan sendirinya dan tidak semestinya akan mengikut sepertimana yang kita harap dan inginkan jika kita gagal dalam melakukan pelan pewarisan ini.
Ingat! Tiada peluang kedua untuk kita kembali ke dunia setelah kita dijemput kembali ke sana.