PENERANGAN RINGKAS PORTFOLIO BISNES INI
Sila baca, fahami dan hadam betul-betul penerangan ini.
Kami sangat sarankan anda dapat membaca dan benar-benar memahami penerangan ringkas mengenai Portfolio Bisnes ini supaya anda lebih menghargai dan tidak memandang rendah akan usaha BW yang mungkin nampak kecil oleh sebahagian daripada anda terhadap Projek TW2.0 ini tetapi sebenarnya ia sangat berbaloi dan boleh memberikan impak yang sangat besar kepada anda yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
KRITERIA PEMILIHAN PORTFOLIO BISNES TW2.0
Seperti yang dimaklumkan, BW telah menggariskan TIGA Kriteria Utama yang perlu ada di Platform BW ini sebagai Strategi mencapai Misi BW Ke-2 iaitu:
1. Bisnes Jangka Panjang (Sepanjang Hayat)
2. Pendapatan Besar dan Melimpah-Ruah (Tsunami Wang)
3. Beberapa Saluran Pendapatan Pasif (dalam satu masa)
Untuk itu, pemilihan Portfolio Bisnes yang betul dan paling sesuai untuk diceburi adalah sangat penting bagi memastikan ketiga-tiga kriteria ini dipenuhi.
Berdasarkan penyelidikan dan pengalaman kami, berikut ialah beberapa kriteria yang telah kami tetapkan bagi mencapai matlamat ini.
FIRST THING FIRST: PEMILIHAN MODEL BISNES
Sebelum menentukan kriteria-kriteria apakah yang perlu dinilai bagi pemilihan produk dan sebagainya, terlebih dahulu perkara paling asas dan utama untuk ditentukan ialah memilih apakah Model Bisnes yang paling sesuai dan terbaik bagi mencapai Misi TW2.0 ini? Jika tidak matlamat TW2.0 ini amat sukar, malah mungkin mustahil untuk dicapai!
Untuk ini, kami memilih bisnes yang berbentuk “Networking” atau lebih dikenali dengan “Network Marketing” (NM) sebagai Model Bisnes yang paling sesuai dan terbaik bagi memenuhi kriteria-kriteria ini.
Banyak sekali kelebihan Model Bisnes NM ini, namun khusus untuk tujuan Projek TW2.0, kelebihan-kelebihan ini boleh dirangkum dan diringkaskan kepada dua sebab paling besar dan utama iaitu:
(1) Model Bisnes yang mempunyai paling banyak “Kuasa Leverage” yang boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya sehingga boleh menghasilkan “pendapatan tidak masuk akal” dengan hanya usaha yang sedikit. Inilah di antara perkara yang dimaksudkan dengan “Leverage”.
(2) Boleh dikatakan, hanya satu-satunya Model Bisnes yang mampu untuk memenuhi kriteria mencipta pendapatan berbentuk “Pendapatan Tsunami” (Ciri-Ciri “M.E.L.U.A.P.” Income), lebih-lebih lagi dalam konteks perbandingan modal, jangkamasa dan usaha yang perlu dilibatkan untuk mencapainya. Inilah peranan “Kuasa Leverage” itu tadi.
Bagi kami, kedua-dua kelebihan ini sahaja amat sukar untuk ditandingi dan jarang dapat dipenuhi berbanding model-model bisnes yang lain.
Di dalam Model Bisnes NM ini, terdapat tiga aspek paling penting untuk dilihat dan dikaji secara lebih terperinci untuk disenaraikan di dalam Projek TW2.0 ini iaitu (A) Produk (B) Syarikat (C) Pelan Pemasaran.
(A) Produk – Produk mestilah halal, produk keperluan, berkualiti dan harga berpatutan.
(B) Syarikat – Kukuh, pemilik berpengalaman dan berkredibiliti, mematuhi undang-udang dan pelesenan.
(C) Pelan Pemasaran – Yuran penyertaan rendah, tiada/kurang komitmen bulanan, tiada paksaan belian, mudah untuk kenaikan pangkat dan pencapaian ganjaran. Kajian terperinci oleh mereka yang berpengalaman amat diperlukan untuk kriteria ini bagi menentukan ganjaran yang besar dan berbaloi serta kelangsungan bisnes untuk jangkamasa panjang.
KENAPA BUAT MULTIPLE BISNES NM?
Mungkin ada yang bertanya, “Mengapa kita perlu buat banyak atau beberapa (multiple) bisnes NM ini?” Mungkin ada yang kata ini akan menyukarkan untuk kita melakukannya, dan kita perlu fokus kepada satu bisnes NM sahaja. Berikut adalah jawapan kami:
1. Mencipta Pendapatan Tsunami – Oleh kerana salah satu target utama kita ialah untuk menghasilkan jumlah pendapatan yang banyak sehingga melimpah-ruah bagaikan Tsunami, selaras dengan nama projek “Tsunami Wang” itu sendiri, serta pelbagai keperluan dunia dan akhirat, maka salah satu caranya ialah dengan menyediakan beberapa atau pelbagai sumber pendapatan pasif yang boleh dijana melalui Bisnes NM pilihan ini. Jika kita ada cara boleh buat banyak dengan cara yang mudah dan tidak membebankan, kenapa kita nak buat sikit…
2. Pengurusan Risiko – Salah satu langkah terbaik di dalam “Pengurusan Risiko” ialah dengan mempelbagaikan bisnes yang diceburi. Walaupun kajian terperinci dan menyeluruh telahpun dilakukan di peringkat awal pemilihan, namun risiko bisnes “tidak menjadi” tidak dapat dielakkan sepenuhnya, kerana tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Cuma kita dapat mengurangkan risiko ketidakmenjadian ini dengan melakukan langkah-langkah pengurusan risiko yang berkesan dan bersesuaian.
Huraian: Dalam beberapa bisnes yang kita ceburi, kita tidak tahu mana satu bisnes yang betul-betul boleh bertahan lama. Sebagai contoh, jika salah satu bisnes tersebut ada masalah, kita masih boleh meneruskan beberapa bisnes lain yang masih kekal yang telah pun kita jalankan sebelum ini. Kita tidak perlu lagi mencari-cari bisnes lain yang baru dan restart semula “all over again”! Pada ketika itu peluang yang sama sudah pun “terlepas” dan kita telah pun membuang masa! NAMPAKKK??….
3. Produk Keperluan (Kalis Ekonomi) – Kesemua produk-produk yang dipilih ialah produk-produk keperluan harian yang memang diguna atau dipakai oleh setiap orang, setiap masa. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa beli untuk kegunaan, tidak kira dalam waktu susah atau senang, ketika ekonomi gawat atau pun tidak. Produk keperluan ini juga disebut sebagai Produk Kalis Ekonomi. Produk-produk seperti ini selalunya mampu untuk bertahan lama dalam masa yang panjang.
4. Tiada Pertindihan Produk – Kami pastikan produk-produk yang dipilih adalah berbeza dari segi kategori/jenis mahu pun fungsi, bermakna tiada persamaan, pertindihan (overlapping), konflik di antara satu produk dengan produk-produk yang lain. Malah boleh dikatakan ianya adalah saling melengkapi di antara produk-produk keperluan yang perlu ada bagi seseorang individu.
5. Bisnes Tidak Perlu Dijaga – Oleh kerana produk-produk ini adalah produk keperluan, boleh dikatakan bisnes ini tidak perlu susah payah untuk dijaga kerana masing-masing pengguna akan membelinya sendiri tanpa dipaksa. Kita tidak perlu pergi menjual hari-hari atau setiap bulan kerana pembelian akan berlaku oleh pengguna itu sendiri terus melalui aplikasinya sendiri. Dengan ini tidak membebankan untuk kita membuat beberapa bisnes dalam satu masa, namun kita akan tetap mendapat pendapatan pasif apabila pelanggan kita itu membuat pembelian berulang untuk kegunaan mereka setiap bulan. Inilah yang dikatakan Pengguna Bijak.
6. Bajet Sedia Ada (Bukan Bajet Baru) – Bajet untuk membeli produk-produk keperluan ini memang telah sedia ada selama ini untuk membelinya apabila produk ini telah habis digunakan atau tamat tempohnya. Cuma bezanya sebelum ini mungkin kita membeli produk-produk tersebut dengan jenama lain. Kita hanya perlu tukar kedai atau jenama sahaja untuk menggunakan bajet yang sedia ada yang telah diperuntukkan.
7. Mengoptimakan Prospek/Pelanggan – Dari aspek bisnes, kita akan dapat mengoptimakan setiap prospek yang telah kita hubungi atau temui kerana kesemua mereka adalah berpotensi untuk menjadi pelanggan dan pengguna bagi setiap produk-produk tersebut. Dalam ertikata lain, kita tidak akan membazir atau mempersiakan setiap prospek yang kita ada, cuma mungkin hanya memerlukan sedikit masa untuk mereka upgrade atau membeli produk-produk yang lain.
8. Lebih Jimat, Lebih Untung – Kaedah ini sudah pasti bukan sahaja akan menjimatkan masa, wang dan tenaga terhadap bisnes atau produk-produk yang kita ingin jual, berbanding jika kita melakukannya secara berasingan di platform-platform yang berlainan. Tetapi juga lebih menguntungkan kerana proses untuk membuat jualan adalah sama sahaja untuk setiap produk, jadi tidak perlu lagi melakukannya berulang-kali untuk setiap prospek dan setiap produk yang kita ingin jual.
9. “One Stop Centre” – Tidak Perlu Melompat atau Bertukar Bisnes – Bila terdapat peluang bisnes lain (sama ada bisnes baru atau lama) yang dilihat baik atau lebih baik, kita tidak perlu melepaskan bisnes sedia ada dan melompat atau bertukar ke bisnes yang lain. Situasi ini sangat kerap berlaku khususnya dalam bisnes NM ini, dan menyebabkan orang ramai letih dan serik untuk melibatkan diri dalam bisnes seperti ini.
Di Platform BW khususnya di bawah Projek TW2.0, situasi ini tidak akan timbul kerana kita menggunakan konsep “One Stop Centre”. Jika berlaku keadaan seperti ini (wujudnya bisnes baru yang dilihat berpotensi), kita tidak akan melepaskan bisnes sedia ada dan melompat ke bisnes baru tersebut, sebaliknya BW hanya perlu menambah bisnes berpotensi tersebut ke dalam Portfolio TW2.0 kita tanpa melepaskan bisnes sedia ada, asalkan bisnes/produk berkenaan berpotensi, produk keperluan, tidak bertindih atau konflik dengan produk sedia ada, dan harganya juga tidak membebankan (cth: tiada komitmen bulanan atau rendah, wujud pembelian paksaan dan sebagainya).
10. Tiada Yang Mustahil Di Era Digital dan AI – Dunia telah berubah dengan pantas. Sekarang kita di era teknologi digital AI yang semakin canggih. Kini banyak perkara yang dahulunya mustahil, kini sudah tidak mustahil lagi dan telah pun menjadi kenyataan, malah ada kalanya tidak masuk akal! Namun itulah realitinya. Kini semuanya berada di hujung jari, kita hanya perlu bijak menguruskan bisnes masakini dengan cara lebih baik dan terbaik dengan menggunakan teknologi digital masakini.
Inilah yang langkah bijak yang dilakukan oleh Bijak Wang melalui Projek Tsunami Wang 2.0 ini.
MENGAPA GUNA STRATEGI UBAH PERBELANJAAN ASASI MENJADI PENDAPATAN PASIF KALIS EKONOMI?
Berikut 15 sebab mengapa BW menggunakan Strategi Ubah Perbelanjaan Asasi Menjadi Pendapatan Pasif Kalis Ekonomi (PPKE).
1. Mudah Untuk Bermula
Semua orang berpeluang memiliki PPKE kerana semua boleh bermula dengan mudah, produk/servis memang sedia diguna, tak perlu modal, guna bajet sedia ada, dan boleh bermula serta merta! Lagi cepat, lagi bagus!
2. Menutup Poket Bocor Setiap Bulan
Walau apa pun pekerjaan anda, perbelanjaan asasi tetap dikeluarkan. Setidaknya dapat membantu menutup kebocoran aliran wang keluar setiap bulan.
3. Jika Tidak Berbuat Sesuatu…
Anda akan terus menggunakan sumber pendapatan aktif kerja keras anda (your hard earned money) untuk menanggung perbelanjaan ini sepanjang hayat anda!
4. Tiada Risiko Kerugian
Sebagai pengguna tiada risiko kerana anda dapat produk/servis sama seperti sebelum ini, malah mungkin mendapat produk yang lebih baik dan berkualiti di sini, apatah lagi mempunyai peluang menjana pendapatan. Sedangkan jika dibiarkan berterusan lebih rugi kerana wang akan terus mengalir keluar setiap bulan dari poket anda tanpa berpeluang untuk menutup kebocoran ini.
5. Produk Permintaan Tinggi (Highly Demand Products)
Produk asasi, bukan produk sampingan, permintaan tinggi, kalis ekonomi, keperluan berulang dan sepanjang hayat. Oleh itu, Perbelanjaan Asasi adalah Aset Paling Bernilai yang anda miliki yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Jangan dibazir dan dipersia-siakan begitu sahaja. Jika anda tidak manfaatkan, orang lain yang akan memanfaatkannya untuk diri mereka.
6. Semua Orang Dapat Dibantu
Semua golongan termasuk fakir, miskin, B40, asnaf dan muflis dapat dibantu dan berpeluang untuk membina PPKE ini kerana mereka hanya perlu menukar tempat mereka berbelanja mengikut bajet sedia ada mereka setiap bulan dengan bantuan dan sokongan yang BW disediakan.
7. Jika Anda Tiada Masalah Kewangan
Sekiranya anda tiada masalah kewangan sekali pun, setidak-tidaknya ia dapat membiayai perbelanjaan asasi anda dengan duit orang lain secara pasif tanpa perlu dijaga, dan tidak menggunakan wang dari hasil kerja keras Pendapatan Aktif anda. Anda juga boleh membantu dengan cara memberi peluang ini kepada orang lain yang tidak mampu seperti anda.
8. Hanya Jadi Pengguna Bijak, Bukan Buat Bisnes Pun…
Di sini, untuk menjana PPKE, anda tidak perlu fokus buat bisnes susah-susah sepertimana di tempat lain. Anda hanya perlu menjadi pengguna bijak sahaja iaitu dengan mengamalkan tabiat berbelanja di “kedai sendiri” dahulu yang diuruskan oleh rakan kongsi dan Sistem BW yang membantu. Anda boleh terus melaksanakan tugas, kerja atau bisnes anda sedia ada seperti biasa, ia tidak akan mengganggu kerjaya dan bajet anda. Tugas anda hanya perlu berkongsi info dan kebaikan yang telah disediakan sahaja.
9. Jangan Persiakan Aset Paling Bernilai Anda
Anda tidak akan lagi membazir atau mensia-siakan perbelanjaan asasi yang memang setiap bulan pasti anda akan keluarkan di “kedai orang lain” tanpa apa-apa pulangan dalam bentuk pendapatan daripada mereka. Dengan tabiat berbelanja di “kedai anda” dahulu, anda dapat mengambil peluang keemasan untuk memanfaatkan (utilize) dan mengembangkan perbelanjaan asasi anda menjadi ASET PALING BERNILAI bukan hanya berjimat, malah membina PPKE yang bukan sedikit, tetapi mampu menjadi Tsunami Wang yang akan mentransformasi 360° kewangan ini buat selamanya, InsyaAllah.
10. Kini Menjadi Aliran Tunai Masuk
Dengan strategi ini juga, jika selama ini perbelanjaan tersebut hanya berada di sebelah Aliran Tunai Keluar semata-mata, tetapi kali ini ia juga akan berada di sebelah Aliran Tunai Masuk daripada pelbagai sumber pendapatan pasif yang akan diterima.
11. Berkongsi Ilmu Untuk Kebaikan Bersama
Sebahagian orang agak keberatan untuk menjemput atau mengajak rakan-rakan untuk membuat bisnes dan penolakannya agak tinggi. Namun di BW penekanan kami di sini ialah untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak dengan hanya menjadi Pengguna iGeniu$ di samping belajar ilmu-ilmu pengurusan kewangan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Dengan ini lebih mudah dan sebaiknyalah kita perlu berkongsi ilmu dan kebaikan-kebaikan ini dengan seramai mungkin orang untuk diberi ilmu dan dibantu urus kewangan mereka.
12. Jangan Pandang Remeh Potensinya!
Jangan pandang rendah dengan kemampuan dan potensi perbelanjaan asasi kita, yang mungkin disebabkan hanya dengan perbelanjaan yang agak kecil, kerja yang simple dan tanpa modal besar-besar seperti kebiasaannya. Tapi ketahuilah, selama ini ada orang lain telah menjadi kaya-raya pun dan mendapat Pendapatan Pasif daripada perbelanjaan-perbelanjaan kita.
Kini kita semua mempunyai peluang untuk mengubah menjadi sebaliknya. Kita hanya perlu bekerja secara bijak (work smart) menggunakan Leverage, dan berkolaborasi di BW, Pendapatan Pasif yang akan diterima mungkin jauh lebih mudah dan besar daripada apa yang sedang anda perolehi sekarang ini, malah mungkin lebih besar daripada gaji CEO berpengalaman di luar sana! InsyaAllah..
13. Jom Mulakan Tabiat Baru!
Cukup-cukuplah selama ini kita hanya meng”kaya’kan orang lain. Berilah peluang terakhir atau muktamad kepada diri anda kali ini untuk mengubah hidup anda. Jom kita mulakan tabiat baru dengan berbelanjalah di “kedai anda” terlebih dahulu. InsyaAllah, pulangannya sangat-sangat hebat sedang menanti anda di puncak kejayaan! InsyaAllah.