Halia hitam atau rizom Kaempferia parviflora (Zingiberaceae), telah digunakan sebagai makanan dan ubat tradisional rakyat umum selama lebih daripada 1000 tahun di Thailand. Ia juga dikenali sebagai halia hitam Thai, Ginseng Thai, Kunyit Hitam, Lengkuas Hitam atau Krachai Dum (กระชายดำ) di Thailand.
Dalam perubatan tradisional Thai, halia hitam telah digunakan untuk merawat beberapa penyakit, termasuk alahan (allergy), gout, diabetes, keletihan, disfungsi erektil (ED) dan disentri.