PROFIL SYARIKAT

Syarikat ini (Volten AsiaEmall Sdn Bhd) diasaskan oleh seorang usahawan Bumiputera Melayu yang berwibawa, Datuk Ismail Che Ani, dan isterinya, Datin Nor Zahira, di Malaysia pada tahun 2018. Syarikat ini memulakan perniagaannya dalam e-commerce atas talian untuk produk-produk pengguna. Pada tahun 2019, ia menceburi dalam perniagaan pembuatan dan pengedaran produk-produk Halia Hitam dengan model bisnes Rangkaian Pelbagai Peringkat (MLM) yang menggabungkan kuasa-kuasa di PEMASARAN RANGKAIAN dan E-DAGANG.

Tonton Video Korporat VOLTEN

Lesen & Akreditasi

Syarikat ini secara rasminya telah memperolehi Lesen Jualan Langsung (AJL932400, Pemasaran Pelbagai Peringkat) atau lebih dikenali sebagai Multi-Level Marketing (MLM) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia. Dengan lesen AJL ini, ia bermakna Syarikat ini boleh menjual, memasarkan dan mengendalikan perniagaan jualan langsung pemasaran pelbagai peringkat di Malaysia.

Anda boleh juga menyemak status Lesen Jualan Langsung kami daripada Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Malaysia, di bawah >>

Syarikat ini juga merupakan ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). DSAM adalah sebuah persatuan perdagangan kebangsaan yang mempromosikan industri jualan langsung di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia juga merupakan ahli Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA), sebuah persekutuan persatuan jualan langsung kebangsaan di seluruh dunia.

Anda boleh semak status Portal Rasmi keahlian DSAM kami di bawah >>

Penghargaan dan Anugerah

Sepanjang 6 tahun yang lepas sejak Syarikat ini ditubuhkan, VOLTEN dengan bangganya telah memenangi Anugerah dan Penghargaan atas pengiktirafan kepada prestasi dan pencapaiannya yang hebat sebagai suatu syarikat permulaan. Antara anugerah-anugerah ini adalah:

Brand Laureate World Best e-Brands Award 2021 

Excellence Awards (SME Category) 2020

Malaysia Outstanding National Entrepreneius Awards 2018

Ibu Pejabat dan Cawangan Volten

Ibu pejabat Volten International terletak di Shah Alam, Negeri Selangor di Malaysia dengan 4 pejabat cawangan di Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.

Volten International telah berkembang perniagaannya ke negara-negara ASEAN, termasuk menubuhkan pejabat-pejabat di Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Brunei dan Singapura, serta juga India.

Kilang dan Gudang Volten

Syarikat telah melabur dalam kilang dan gudangnya sendiri yang terletak di Shah Alam, Negeri Selangor untuk rantaian bekalan one-stop, daripada proses pembuatan, pembungkusan, pergudangan, pengedaran dan logistik, demi menghantar produk hasilan terus kepada ejen-ejen dan pelanggan-pelanggan.

Nak mulakan perniagaan sendiri untuk menjual dan memasarkan produk Ekstrak Halia Hitam 

NetCommerce = Network Marketing + E-Commerce

VOLTEN menawarkan anda konsep perniagaan baharu yang inovatif.

NetCommerce menggabungkan kuasa NETWORK MARKETING dan E-COMMERCE.

Ia membantu ANDA untuk memulakan “perniagaan Volten anda” dalam masa sehari, dengan 6 asas siap sedia!

1. Beli Dalam Talian

Pelanggan dan ahli anda boleh membeli-belah dan memesan dalam talian produk Volten menggunakan APP mudah alih

2. Sistem Penghantaran

Logistik Volten mengemas dan menghantar produk dari gudang terus kepada pelanggan dan ahli anda

3. Gerbang Pembayaran

Pelanggan dan ahli anda boleh membuat pembayaran dalam talian terus melalui gerbang pembayaran Volten

4. Sistem Pemasaran Digital

Anda boleh mengakses dan memuat turun bahan pemasaran digital sedia untuk digunakan dengan App Volten

5. Pengiraan Komisen Harian

Sistem Volten mengira komisen anda setiap hari dan mengemas kini ke dalam akaun Volten anda

6. Pengeluaran Komisen Harian

Anda boleh mengeluarkan komisen yang anda perolehi setiap hari daripada akaun Volten anda

VIDEO PENERANGAN LENGKAP

Muat turun aplikasi VOLTEN ke telefon mudah alih anda. Mulakan perniagaan VOLTEN anda serta-merta dan mesra perniagaan!

Muat Turun & Log Masuk ke Volten Mobile APP

Ketahui langkah mudah untuk memuat turun dan log masuk ke Volten International Smart App pada iPhone atau Telefon Android anda.

Muat turun App Mudah Alih Volten Ke dalam Telefon Android Anda daripada Google PlayStore

Muat turun App Mudah Alih Volten Ke iPhone atau iPad Anda daripada Apple AppStore

Ayuh! Mulakan perniagaan VOLTEN NetCommerce anda sekarang!

Disclaimer: Ini adalah satu laman web informasi yang dicipta oleh ejen VOLTEN yang sah dalam berkongsi perniagaan dan produk syarikat dengan ahli-ahli VOLTEN sahaja. Ini bukan laman web rasmi Syarikat untuk VOLTEN INTERNATIONAL. Tanda dagangan VOLTEN dan jenama produk Siri V adalah kepunyaan eksklusif Volten AsiaEmall Sdn Bhd.

Scroll to Top